WARKAH
DARIPADA ANAK ISTIMEWA
Panggillah
kami dengan apa sahaja nama
“Terencat
akal” atau “brain injured”
Hakikatnya
akan tetap sama
Bahawa
kami adalah kanak-kanak yang kurang bernasib baik
Pandanglah
ibu bapa kami dengan penuh simpati
Dan bayangkanlah
derita batin yang terpaksa ditanggung
Di
mata mereka sudah kering untuk meratapi kami
Sesungguhnya
betapa berat mata memandang
Beratlah
lagi hati yang memikul
Bersyukurlah
ibu-ibu bapa yang mempunyai anak normal
Betapa
bahagianya melihat mereka cerdik dan cergas
Sedangkan
ibu bapa kami memikul seberat-berat beban
Menanggung
anak terencat akal
Bayangkanlah
derita batin ibu bapa kami
Dirundung
sugul dari hari ke hari
Menyambut
malam dengan segala kepiluan
Menanti
siang dengan hati yang malang
Setelah
sekian lama kami terbiar
Diserahkan
pada nasib dan takdir
Dipandang
sekilas imbas dengan rasa kasihan
Lalu
kulupakan kembali di tengah-tengah kesibukan
Sesungguhnya
banyak yang mesti
Dapat
dan dilakukan
Berilah
kami segala simpati
Tetapi
bukan sekadar ucapan “kasihan”
Berilah
kami tenaga dan masa
credit to the writer..I don't know the name. Tq
No comments:
Post a Comment