PENDIDIKAN KHAS
Blog ini memerihalkan tentang isu; perkembangan dalam
konteks pendidikan khas integrasi. Memfokuskan kepada masalah pembelajaran. Ia
bermaksud untuk memperkembang serta memperluasi maklumat serta keilmuan dalam
bidang ini. Oleh itu perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta
sumbangan-sumbangan idea adalah asas penting bagi blog ini.
SPECIAL
EDUCATION
This blog
discusses the issue; developments in the context of special education
integration. Focusing on learning. The intention is to expand and develop information
and knowledge in this field. By the smart partnership, arguments, and positive
contributions of ideas. Thus lay the foundation for this blog.
The layout of the blog.
The blog has
several pages include:
1. HOME
2. BULETIN
3. CORETAN
4. EDU ISSUE
5. ENG LANG
6. LINUS
7. MY KIDS
8. VALUES
Penerangan tentang ‘pages’ (halaman) secara ringkas.
1.
Halaman ‘HOME’
- Menceritakan tentang blog secara keseluruhan.
2.
Halaman ‘BULETIN’
- Buletin sekolah.
- Buletin mengandungi isu, aktiviti, program dan info mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) yang diterbitkan secara berkala.
3. Halaman ‘CORETAN'
- Perkongsian ilmu dan pengalaman sebagai pendidik umumnya.
4. Halaman ‘EDU ISSUE’
- EDU ISSU atau nama penuhnya EDUCATION ISSUE memaparkan isu pendidikan terdahulu, semasa dan masa hadapan
- Perkongsian tugasan yang masih terdapat di dalam simpanan. Kebanyakkan tugasan adalah tugasan semasa mengikuti program sarjana “MASTER OF EDUCATION” sejak tahun 2006.
5.
Halaman ‘ENG LANG’
- ENG LANG atau nama penuhnya ENGLISH LANGUAGE merupakan perkongsian bahan Pengajaran dan pembelajaran seperti lembaran kerja dan video lagu.
- Oleh kerana opsyen saya adalah Pengajian Inggeris, kebanyakan pos adalah mengenai Bahasa Inggeris, tetapi saya cuba memuat naik pos berkaitan subjek lain sebagai guru yang juga berpengalaman mengajar subjek Sains, Matematik, Urus Diri, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani untuk murid Pendidikan Khas. (Oleh kerana fokus blog adalah Pendidikan Khas, subjek lain tidak akan dimuat naik walaupun pernah mengajar subjek lain seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan di Sekolah Menengah- harap maaf)
6.
Halaman ‘LINUS’
- Perkongsian mengenai LINUS Pendidikan Khas
- Memerihalkan kandungan LINUS, cadangan idea untuk intervensi linus khasnya untuk perkembangan motor kasar dan motor halus sebagai JURULATIH UTAMA KEBANGSAAN LINUS PENDIDIKAN KHAS.
7. Halaman ‘MY KIDS’
- MY KIDS adalah anak-anak didik saya yang bekeperluan khas. Mereka adalah murid yang dikategorikan dalam kumpulan murid bermasalah pembelajaran. Mereka terdiri daripada murid Sindrom down, Autism, Masalah Pembelajaran Spesifik (iaitu Disleksia, Discalculia, Dysgraphia) Hiperaktif, Hipoaktif, ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder), ADD (Attention Deficit Disorder), lembam dan lewat perkembangan global.
- Memerihalkan anak-anak didik secara umum serta mengikut kategori.
8. Halaman ‘VALUES’
- Perkongsian untuk tatapan umum.
- Mengenai ilmu spiritual, motivasi, nilai hidup, serta amalan baik di dalam Islam.
Notes:
This blog is
my effort in knowledge sharing. It has long become my desire, intention and list to do in my notebook. Well, finally this
blog is born. Learning from my hubby and Internet mostly on how to become a
blogger. There is no official courses attended on how to be a blogger! There is so much I want to share with fellow teachers, parents, educators and the
general will. However, the time limitation, internet line and lacking myself, the blog is what you will see, with InsyaAllah will be updated. I’m only a ‘small lady’ am still learning and always strive to improve
knowledge. May it be beneficial to all. Aamiin.
Nota:
Blog ini adalah usaha perkongsian ilmu. Hasrat, niat dan perkara dalam senarai yang perlu dilakukan yang
terlalu lama dipendam. Akhirnya blog ini dilahirkan. Terlalu banyak yang
saya ingin kongsi bersama rakan guru, ibu bapa, bakal pendidik dan umum. Namun
batasan masa, ‘internet line’ serta kekurangan diri saya sendiri. Blog adalah seperti yang anda dapat lihat atau baca. InsyaAllah saya akan cuba menambah info dan mengemaskini pos. Saya juga
masih belajar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Semoga
ianya memberi manfaat kepada semua. Aamiin.
No comments:
Post a Comment