Showing posts with label SAS. Show all posts
Showing posts with label SAS. Show all posts

Wednesday, 17 June 2020

Sunday, 14 June 2020

Ebook Kenali Haiwan- Bahasa Melayu

Salam.

Kad imbas mengenai haiwan dalam Bahasa Melayu. Kenali haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan haiwan liar. Nama haiwan diwarnakan mengikut suku kata untuk membantu anak-anak membatang abjad dan membaca perkataan. 

Sila imbas kod atau klik di pautan:

   https://anyflip.com/hppzf/civp/

Friday, 5 June 2020

Kuiz Kenali Haiwan (Google Forms)

Salam.

Semoga semuanya sihat walafiat.

Saya kongsikan pautan kepada Kuiz Kenali Haiwan Google Forms. Kuiz ini direka untuk MBK bermula dari tahun satu. Walaupun subjek SAS tidak diajar kepada MBK pada tahap satu, pembinaan soalan yang menggabungkan kemahiran-kemahiran yang digariskan dalam subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik telah diterapkan. Penggunaan gambar sebenar dan kartun juga dapat membantu MBK. Bantuan dan bimbingan ibu bapa/ penjaga diperlukan mungkin bukan hanya untuk membaca soalan tetapi juga dalam memilih (menekan klik) pada jawapan. Indeed,  parents support is needed by teachers to execute any teaching and learning activities planned for pupils with SEN. 

Kuiz Kenali Haiwan

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan yang dikongsikan adalah sebahagian daripada bahan yag saya bina bagi Modul 1 subjek SAS. Semoga saya dapat teruskan dengan menghasilkan bahan-bahan lain seperti video untuk dimuat naik ke saluran YouTube TeacherLily

InsyaAllah. Semoga kita semua terus bermotivasi untuk terus cakna tentang pembelajaran anak-anak kita.

Take care and stay safe.

Wordwallnet- Kenali Haiwan

Salam. I love this app. But it is with limitation- up to only 5 free games. Perhaps teachers need to consider upgrading the account to customise games and create more fun teaching and learning activities. Another game created during this MCO.
 

Thursday, 4 June 2020

Kuiz Kenali Haiwan di Google Classroom

Salam.

Saya kongsikan kuiz yang menjadi sebahagian daripada bahan yang sedang dibina untuk Modul 1.

Sila klik pautan:
Kuiz Kenali Haiwan

Tuesday, 2 June 2020

Wordwallnet: True or False Game on Basic Needs of Animals

Salam.

Ini adalah aktiviti Betul atau Salah tentang Keperluan Asas Haiwan yang mudah untuk Murid Bekeperluan Khas.

Quizziz Kenali Bunyi Haiwan

Salam.

Quizziz is a good platform to create quiz questions when we need to insert the audio file. Have a look!


QuizizzBunyiHaiwan-Lily

Quizziz Keperluan Asas Haiwan

Salam. It's good to know, try and create teaching and learning the activities using the free app.
Give it a try!

Quizziz Keperluan Asas Haiwan

Monday, 1 June 2020

Friday, 15 May 2020

Video Kenali Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Dalam situasi sekarang, segalanya berlaku di luar norma kita. Gaya hidup, media sosial, tugas profesional, masa bersama keluarga dan yang utamanya masa kepada Ilahi. Semuanya berubah. Ini mendambakan kita berfikir di luar kotak - menjadikan kita InsyaAllah lebih berinovasi.

Sebagai pendidik, saya sentíasa memikirkan sesuatu yang dapat membantu murid bekeperluan khas (MBK). Tanpa mengira guru perdana atau khas, memikirkan kesesuaian bahan, keupayaan murid dan akses murid kepada bahan menyebabkan ramai di antara kita bersengkang mata untuk mempelajari sesuatu (yang mungkin baru) untuk menghasilkan inovasi yang dapat dicapai oleh murid. 

Sebagai agen perubahan, kita akan sentiasa berusaha memainkan peranan sebagai pendidik dengan lebih bijak, lebih kreatif dan lebih inovatif. Ya, kita perlu sentiasa belajar..explore sesuatu perkara yang baru dan mengetahui bahawa sesuatu perlu diteroka. 

Dalam usaha meningkatkan ilmu dan niat untuk memastikan MBK berkefungsian rendah tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka, video pertama telah saya mula naik ke youtube. Video ini video Kenali Haiwan Peliharaan di pautan

https://youtu.be/iB2sPVUeVwc

Penghasilan video berkualiti sebenarnya bergantung kepada banyak faktor antaranya kemudahan peranti yang ada dan proses mengedit. Video juga dimuatnaik ke YouTube bukan untuk mengejar populariti tetapi memberi pilihan kepada ramai untuk akses kepada bahan. Mungkin ini juga satu permulaan. Yang penting kita sentiasa berusaha untuk belajar dan meningkatkan ilmu dan membuat sesuatu dengan ikhlas. InsyaAllah ganjaran yang besar menanti kita semua. 

Harapan saya video ini dapat membantu ibu bapa/penjaga dan anak-anak saya yang telah lama tidak saya dijumpai dapat terus belajar (dan melepaskan rindu kepada Teacher Lily)!

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Terima kasih cikgu. Thank you Teacher.

'Berguru kerana ilmu, bina generasi baharu' 

Sunday, 10 May 2020

Another game on Animal.

Wordwall- kenali haiwan

Trying this great platform...

SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Semoga anda semua sihat sejahtera. Untuk permulaan atau first entry pada tahun 2020 sesuai dengan situasi sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, saya kongsikan Lembaran Kerja untuk subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Lembaran kerja pada kali ini bertemakan Haiwan. Ia adalah contoh lembaran kerja yang boleh disediakan bagi murid bekeperluan khas untuk pelbagai tahap penguasaan. Tidak dinafikan lembaran kerja ini juga boleh diberikan kepada murid perdana. Sila klik LEMBARAN KERJA SAINS