Thursday 24 June 2021

PENUNDAAN TARIKH PENYIARAN WEBINAR KEBOLEHPASARAN MBK ANJURAN SPKHAS, BPK

PENUNDAAN TARIKH PENYIARAN WEBINAR KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) ANJURAN SEKTOR PENDIDIKAN KHAS, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Merujuk kepada mesej hebahan awal dan poster di atas. 

Adalah dimaklumkan bahawa webinar ‘Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Khas’ anjuran Sektor Pendidikan Khas, Bahagian Pembangunan Kurikulum akan ditunda seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Julai 2021 (Jumaat)

Masa:   2.30 petang

Semoga YBrs. Dr./tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menyertai sesi wacana ilmu ini.

Sekian, terima kasih.

Sunday 20 June 2021

ONLINE WEBINAR ON PUPILS WITH SEN MARKETABILITY


Wacana Ilmu KPM 

KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) 

Anjuran: 

Sektor Pendidikan Khas (SPKhas)

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 


 JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI WEBINAR KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK). 


YBrs. Dr./Tuan/Puan, 


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 


Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Khas, BPK akan menganjurkan satu sesi wacana ilmu mengenai kebolehpasaran murid bekeperluan khas (MBK) secara dalam talian. Panel utama terdiri daripada pegawai BPK, Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru. 


Antara lain fokus perbincangan panel utama ialah laluan pendidikan ke arah kebolehpasaran MBK, aktiviti transisi ke kerjaya dan kepentingan kolaboratif dalam mempertingkatkan kebolehpasaran MBK. Intipati perbincangan panel utama juga akan disokong dengan informasi berkenaan dari panel-panel kedua seperti pihak majikan dan Job Coach. Webinar akan bersiaran seperti ketetapan berikut: 


Tarikh: 25 Jun 2021 (Jumaat) 

Masa: 2.30 petang 

Pautan: https://youtu.be/ejSuE_J4H5U 


Sektor SPKhas amatlah berbesar hati sekiranya YBrs. Dr./tuan/puan dapat meluangkan waktu untuk turut serta dalam wacana ilmu ini. 


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Dear Dr./Sir/Madam, 


We are pleased to inform that the Special Education Sector, Curriculum Development Division, MOE is organising an online Webinar regarding the marketability of the pupils with special educational needs and disability (SEND). The itinerary is as follows: 


Date: 25 June 2021(Friday) 

Time: 1430h 

Link: https://youtu.be/ejSuE_J4H5U 


We are honoured if you could join and participate in the programme. Please consider this message as a formal invitation. 


Thank you.