Monday, 14 April 2014

SIMPLE PAPER PLATE BUTTERFLY

Sesungguhnya pada sesuatu ketika..dengan timbunan tugas..kita tidak mempunyai masa untuk merancang suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang kompleks. Begitu juga ibu bapa penjaga yang sibuk bekerja. Walaupun begitu, tugas sebagai pendidik tidak boleh diabaikan. Luang masa bersama anak-anak juga walaupun sedikit tetapi sangat bermakna jika ianya berkualiti. Galakkan interaksi dan komunikasi positif semasa proses tersebut.

Oleh yang demikian, aktiviti kraf yang sangat mudah, tidak memerlukan banyak peralatan serta 'up jadi' sangat penting. Aktiviti kraf ini bukan hanya sangat mudah tetapi ia juga menepati konsep 'fun in learning'. Murid bukan hanya mengenal warna dan bentuk, malah membantu perkembangan motor halus kerana melibatkan pengambilan dan pemilihan benda yang kecil. Selain itu penggabungjalinan subjek juga berlaku. Contoh: subjek Matematik.. mengira butang misalnya.

Sedikit idea yang dikongsi daripada Allison McDonald.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. pinggan kertas
2. gunting
3. gam
4. 'pipe cleaner'
5. bahan kolaj seperti butang, manik batu permata atau apa sahaja yang sesuai.




Jom buat rama-rama.

1. Gunting pinggan kertas bentuk segi tiga di bahagian atas dan bawah seperti gambar.


2. Letakkan gam pada pinggan kertas. Bagi murid-murid pendidikan khas..tahap rendah..Ini merupakan suatu perkara dramatik..Ada yang geli, tak suka sebab melekat dan sebagainya..Latih mereka.


3. Letakkan manik, butang, permata dan sebagainya.



4. Murid akan memilih butang atau bahan lain yang diminatinya untuk ditampal.
 (Fine motor development).


5. Biarkan kering. Letakkan 'pipe cleaner' untuk membentuk badan. 



Cadangan saya..Boleh gunakan pinggan kertas berwarna gelap untuk membuat variasi warna rama-rama. Pinggan kertas juga boleh diwarnakan terlebih dahulu..tambah kerja!


No comments:

Post a Comment