Showing posts with label VALUES. Show all posts
Showing posts with label VALUES. Show all posts

Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU


وَبَرَكَاتُهُ اللهِ وَرَحْمَةُ عَلَيْكُمْ السَّلاَمُ

10  Rabiul Awal 1436H,
31 Disember 2014.         

                           
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, di hari permulaan tahun 2015 ini, kami memohon keampunan Mu dari segala keterlanjuran kami, segala kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang tahun lepas.
Ya Allah sayangilah kami dan tutupilah segala aib kami.
Ya Allah tambahkanlah rezeki kami dan cukupkanlah rezeki kami.
Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang Engkau redhai.
Ya Allah sihatkanlah kami agar kami selesa dalam menjalankan ibadah kami.
Ya Allah, ingatkanlah kami bahawa dalam kehidupan ini kami pasti diuji.
Ya Allah, ingatkanlah kami
Bila kami melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila kami melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang  menerima teguran dan ilmuMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau kurniakan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah.
Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta petolongan Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan  urusan kami Ya Allah.
Ya Allah sucikan jiwa kami  dan perlindungi kami dari ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan  ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia  dan akhirat Ya Allah.َ
Ya Allah janganlah kami menghitung apa yang  hilang, tetapi biarlah kami melihat apa yang kami miliki sekarang dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah kami terima sepanjang hidup kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak, suami/ isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ


Sunday, 28 December 2014

PETUA SUSUTKAN BERAT BADAN DARI TENAGA PENGAJAR SAINS PEMAKANAN



Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.


A.            CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.

Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.
Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.



Kredit kepada En Muhammad Abdul Wahab. Terima Kasih.

Thursday, 25 December 2014

MELAKNAT IBU BAPA?


6 REMPAH RATUS TERBAIK UNTUK KESIHATAN


6 REMPAH RATUS TERBAIK BAGI KESIHATAN

Rempah ratus dalam makanan kita adalah perkara biasa sejak zaman-berzaman, jadi kita pun tidak ambil pusing kelebihan rempah ratus tersebut. Yang kita tahu jika tiada rempah, makanan tak sedap dan hambar. Selain daripada menambah rasa sedap dalam makanan, sebenarnya rempah ratus yang kita makan setiap hari mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan.
Kajian di barat mendapati terdapat 6 rempah ratus, yang tidak asing lagi dalam masakan kita, sangat baik dari segi kesihatan, iaitu:

1. Lada (cili) kering
Lada (cili) kering (seperti cili segar) mengandungi sebatian capsaicin yang memberi rasa pedas. Sebatian ini berkhasiat bagi mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser kulit. Namun begitu, kita perlu berhati-hati membeli cili kering kisar yang dijual di kedai kerana kebanyakannya mengandungi asid borik atau bahan pengawet lain yang karsinogen (penyebab kanser). Sebaik-baiknya kisar sendiri cili kering.

2. Buah pala
Buah pala mengandungi sebatian anti-bakteria bagi membantu melawan bakteria seperti E. coli dan salmonella.

3. Jintan
Jintan mengandungi bahan anti-radang dan antioksidan bagi membantu menghentikan pertumbuhan tumor kanser.

4. Kunyit
Kunyit mengandungi bahan aktif curcumin yang mampu menghalang sel-sel kanser merebak dan membantu menghindari diabetes Type-2. Perahan air kunyit hidup juga sering diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin supaya peranakan (uterus) mengecut dengan cepat.

5. Kulit kayu manis
Pengambilan 1/4 hingga 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dapat membantu menurunkan kandungan gula, paras LDL (kolesterol tidak baik) dan triglyceride dalam darah bagi pengidap penyakit diabetes Type-2.

6. Halia
Halia mengandungi bahan yang dapat menghilangkan rasa mual, dapat meredakan pedih ulu hati dan kembung perut serta buang angin yang berlebihan dalam badan. Sebaik-baiknya gunakan halia yang segar kerana ia lebih efektif.


Kredit kepada Tips Miliki Bentuk Badan Idaman. Terima Kasih.