Tuesday, 15 April 2014

LINUS

DOH GARAM



Resepi ini saya guna dan dikongsi bersama peserta-peserta Kursus Asas Pelaksanaan Intervensi Linus Pendidikan Khas Guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Bil 1/2013..

(Telah terlibat sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan dalam penghasilan instrumen LINUS Pendidikan Khas dan manualnya serta modul sejak dari awal penghasilan LINUS Pendidikan Khas pada tahun 2011. Saya juga bertanggungjawab sebagai Setiausaha kumpulan JU dan bertugas mengumpul bahan, menyusun serta mengedit).

Sebagai penceramah, saya berusaha mencari bahan, menyediakan bahan serta sedaya upaya mempersembahkan bahan supaya menarik fokus dan minat peserta-peserta kursus...Saya yang sentiasa belajar! Setinggi-tinggi penghargaan pada Kak Sah- Pn Sahzanariah yang berkongsi ilmu.

Saya fikir slot Motor Kasar dan Motor Halus adalah slot yang 'rilex'- merupakan slot perkongsian idea, ilmu dan kemahiran. Peserta-peserta dapat bekerjasama dalam pelbagai aktiviti serta melepaskan 'kekusutan jiwa'! Peserta-peserta kursus di Kota Kinabalu, Sabah dan Miri, Sarawak..seronok bermain di gigian air..bermain pasir..(penerapan motor halus dalam slot motor kasar) di tepi pantai...Tak merasa pantai kat Semenanjung..maaf ya..(Trengganu katanya ..di tepi pantai)...Kita beramai-ramai konvoi ke Tanjung Lubang di Kota Kinabalu..cantik pantainya..almaklumla..dah lama tak ke pantai. 

...Kenangan manis..panjang lak celoteh.

JOM KITA BUAT DOH GARAM


BAHAN-BAHAN
Cawan tepung
Cawan garam halus
Cawan air
Sudu minyak

Sudu krim tartar
...dan Pewarna makanan
(bergantung kepada warna bahan yang dikehendaki- jika ingin jimat, boleh aplikasikan campuran warna primer untuk mendapatkan warna sekunder-Oleh yang demikian..warna asas yang diperlukan hanyalah kuning, biru dan merah)

Terdapat pelbagai jenis pewarna makanan di pasaran..Pewarna yang biasanya disediakan semasa slot adalah 




Namun, jangan risau untuk menggunakan pewarna makanan dalam bentuk serbuk yang lebih murah. Kerana terdapat pewarna makanan serbuk yang menghasilkan doh berwarna yang sangat menarik! Kami menggunakan pewarna berharga RM0.50 sebotol kecil (itu yang pegawai sediakan!) ..tapi hasilnya ..boleh tahan..warna naik!

Yang ini pun ok..



Yang pasti pewarna makanan digunakan..kerana ianya lebih selamat. Kita tidak perlu risau tentang keracunan makanan jika ada murid khas yang terpersona..dan terliur untuk menjamah 'burger', 'karipap', dan pelbagai lagi bentuk. 

Jangan risau atau panik jika krim tartar tidak ada..

Tidak mengapa..doh tetap menjadi. Krim tartar digunakan untuk menaikkan doh..mixed and baked well..macam buat kek lak..

Minyak juga!

Minyak digunakan untuk memudahkan doh dibentuk..Kalau tak ada pun tidak mengapa..cuma mungkin sukar sikit nak buat bentuk..dan ianya akan melekat di tangan.

Secara ringkas cara menyediakan doh adalah seperti berikut:

CARA MEMBUAT

1.Tepung + krim tartar- ramas
2.Garam + air suam
3.Campurkan gaul dan uli
4.Masukkan minyak. Uli.
5.Masukkan pewarna
6.Bahagikan doh mengikut warna
7.Membuat bentuk yang sesuai.

Tips

1. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
    Uli dan ramas untuk memastikan adunan doh yang sesuai. 
2. Untuk mendapat doh yang tahan lama- boleh disimpan 
    di dalam kotak yang lutsinar (clear box) mengikut tema
    yang disediakan. 
    Doh yang telah dibentuk boleh dibakar di dalam oven untuk beberapa minit(setelah dibakar warna mungkin pudar)..guru boleh mewarnakan doh semula   menggunakan buncho poster colour ('touch up' warna untuk keserian).
3. Pelbagai bentuk dengan pelbagai tema boleh dibentuk daripada doh garam. Bahan ini boleh digunakan sebagai BBM. Play and learn..konsep ini sangat bertepatan dalam pembikinan doh..Buat doh bersama-sama murid khas untuk menggalakkan perkembangan motor halus serta kognitif murid. 

Contoh bentuk doh yang dihasilkan oleh peserta kursus..seronok penceramah! Kredit untuk kekanda yang telah berkongsi ilmu ini?..Mmmuah..sama-sama dapat barakahNya..Thank you


Tema hidupan laut


Pokok huruf vokal


Jambangan bunga yang comel



Comel je




Murid mana yang tidak berkenan pisang tu!


Terbalik lak 'sponge bob' ni..



'Angry bird'

Jika dilihat pada pelbagai bentuk yang boleh dibina daripada doh garam..guru-guru boleh menggabungjalin pelbagai topik selain daripada dapat meningkatkan kemahiran motor murid.  Yang pasti PdP akan 'hidup' dan berkesan..InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment