Wednesday 17 June 2020

Sunday 14 June 2020

Ebook- MODUL 1 Haiwan

Salam, 

Ini adalah modul 1: Haiwan KSSRPK pembelajaran. 

Sila imbas kod QR atau klik pautan:





https://anyflip.com/hppzf/pxoo/

Ebook Kenali Haiwan- Bahasa Melayu

Salam.

Kad imbas mengenai haiwan dalam Bahasa Melayu. Kenali haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan haiwan liar. Nama haiwan diwarnakan mengikut suku kata untuk membantu anak-anak membatang abjad dan membaca perkataan. 

Sila imbas kod atau klik di pautan:

   https://anyflip.com/hppzf/civp/

ebook Kenali Haiwan

Salam,

Ini adalah ebook Kenali Haiwan versi dwibahasa. Bahan ini boleh digunakan dalam PdPc pelbagai subjek bukan hanya Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Anak-anak juga boleh membaca buku dan melihat gambar buku secara bersendirian.  Sila imbas QR code atau klik di pautan:


https://anyflip.com/hppzf/nvqv/

Thursday 11 June 2020

MENDEKATI MBK SEPANJANG PKP


Salam.

Saya ingin berkongsi strategi yang saya gunakan dalam memastikan anak-anak MBK tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Tugasan diberi dengan mengambil kira keupayaan anak-anak serta pemilikan kepada peranti atau capaian internet. 

Tugasan diberi selepas bahan pembelajaran seperti video dan panduan kepada ibu bapa disertakan dalam membimbing anak-anak MBK. 

Bahan pembelajaran meliputi: 

1.    Video pembelajaran
2.    Kuiz atas talian- Google Classroom
3.    Kuiz permainan seperti Wordwallnett atau Quizizz
4.    Tugasan bertulis-lembaran kerja
5.    Projek
     (untuk projek saya fikirkan aktiviti yang tidak memerlukan peranti atau capaian internet)

Contoh Projek bagi tajuk Haiwan Peliharaan:
Ibu bapa boleh merakan video anak-anak bersama haiwan peliharaan dan melihat interaksi mereka bersama haiwan peliharaan. Penjagaan haiwan peliharaan serta penerapan nilai berlaku semasa proses bimbingan ini. 

Bagi video kali ini, saya cuba menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya although I tend to mix the languages when teaching. (Guru-guru boleh menghasilkan video dan memuatnaik video yang menarik dan sesuai mengikut tahap murid). Saya juga kongsikan video dalam Bahasa Inggeris kepada ibu bapa/penjaga. Oleh kerana untuk subjek SAS ini, saya membimbing murid-murid Tahun 5, sukatan Tahun 5 menjadi panduan. (Saya hanya mengajar satu kelas SAS sebenarnya). Namun setiap bahan dan tugasan yang dihasilkan mengambil kira semua tahap murid. 

Semoga bermanfaat.

Note: These are parts of the materials that I have created and produced for Modul 1: Haiwan subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar KSSR PK (Pembelajaran). 

++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

11 Jun 2020 

Tugasan bagi subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar pada minggu ini:

1.    Tonton video yang boleh dicapai melalui saluran YouTube  Teacher Lily

      Video juga boleh ditonton di blog specialedurokam:

2.    Cuba jawab kuiz di Google Classroom. Kuiz boleh dicapai melalui:

atau melalui 
Kod Kelas Google Clasroom: u4nd45x

Sijil boleh dijana selepas anak-anak menjawab kuiz dengan markah sekurang-kurangnya 70%. Kehadiran/penglibatan anak-anak boleh dilihat apabila mereka cuba menjawab soalan kuiz. Saya harap semua murid tahap 2 dapat dibantu oleh ibu bapa untuk cuba menjawab soalan kuiz tersebut. 

Kuiz telah direka dengan peningkatan tahap kesukaran soalan. 

Anak-anak tahap 1 boleh dibimbing semasa menonton video serta membuat aktviti lain tanpa perlu menjawab kuiz di Google Classroom. 

Anak-anak juga boleh terus menyambung tugasan bertulis.

Atau 

Kesulitan tentang peranti dan capaian internet?

Projek Topeng Haiwan Liar/Origami Muka Haiwan Liar

Anak-anak juga boleh dibimbing untuk membuat origami muka haiwan liar atau topeng haiwan liar dari lukisan. 


Selamat mencuba. Jom share hasil tugasan atau video/gambarfoto anak-anak membuat aktiviti. 

Take care and stay safe. 

Terima kasih. 

Teacher Lily
Mejar Dr Rosmalily binti Salleh
Guru Cemerlang


CONTOH ORIGAMI:



Kenali Haiwan Liar-Video

Salam.

Ini adalah video kedua yang dimuatnaik di saluran YouTube Teacher Lily.

Friday 5 June 2020

Kuiz Kenali Haiwan (Google Forms)

Salam.

Semoga semuanya sihat walafiat.

Saya kongsikan pautan kepada Kuiz Kenali Haiwan Google Forms. Kuiz ini direka untuk MBK bermula dari tahun satu. Walaupun subjek SAS tidak diajar kepada MBK pada tahap satu, pembinaan soalan yang menggabungkan kemahiran-kemahiran yang digariskan dalam subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik telah diterapkan. Penggunaan gambar sebenar dan kartun juga dapat membantu MBK. Bantuan dan bimbingan ibu bapa/ penjaga diperlukan mungkin bukan hanya untuk membaca soalan tetapi juga dalam memilih (menekan klik) pada jawapan. Indeed,  parents support is needed by teachers to execute any teaching and learning activities planned for pupils with SEN. 

Kuiz Kenali Haiwan

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan yang dikongsikan adalah sebahagian daripada bahan yag saya bina bagi Modul 1 subjek SAS. Semoga saya dapat teruskan dengan menghasilkan bahan-bahan lain seperti video untuk dimuat naik ke saluran YouTube TeacherLily

InsyaAllah. Semoga kita semua terus bermotivasi untuk terus cakna tentang pembelajaran anak-anak kita.

Take care and stay safe.

Wordwallnet- Kenali Haiwan

Salam. I love this app. But it is with limitation- up to only 5 free games. Perhaps teachers need to consider upgrading the account to customise games and create more fun teaching and learning activities. Another game created during this MCO.
 

Thursday 4 June 2020

Kuiz Kenali Haiwan di Google Classroom

Salam.

Saya kongsikan kuiz yang menjadi sebahagian daripada bahan yang sedang dibina untuk Modul 1.

Sila klik pautan:
Kuiz Kenali Haiwan

Tuesday 2 June 2020

Wordwallnet: True or False Game on Basic Needs of Animals

Salam.

Ini adalah aktiviti Betul atau Salah tentang Keperluan Asas Haiwan yang mudah untuk Murid Bekeperluan Khas.

Quizziz Kenali Bunyi Haiwan

Salam.

Quizziz is a good platform to create quiz questions when we need to insert the audio file. Have a look!


QuizizzBunyiHaiwan-Lily

Quizziz Keperluan Asas Haiwan

Salam. It's good to know, try and create teaching and learning the activities using the free app.
Give it a try!

Quizziz Keperluan Asas Haiwan

Monday 1 June 2020

Sunday 31 May 2020

T4 Conference - The New Normal: Education Post COVID-19. The conclusion.

T4 Conference - The New Normal: Education Post COVID-19
Sabtu, 30 Mei 2020. 
0745 malam – 0120 pagi
Anjuran T4 Education & Our World 

Untuk semua yang tidak berpeluang mengikuti persidangan secara langsung di YouTube, saya ingin berkongsi kesimpulan yang diperolehi dari sesi persidangan tersebut:

KESIMPULAN

Lima cara untuk guru-guru beradaptasi dalam senario pandemik COVID-19: 

1.     Kita perlu membentuk perhubungan dengan komuniti serta pemberi khidmat setempat untuk mewujudkan perkongsian efektif.

2.     Kita perlu pengamal-pengamal yang profesional dan bersemangat tinggi untuk memimpin organisasi-organisasi serta kesatuan-kesatuan peringkat tempatan dan kebangsaan.

3.     Kita perlu menggunapakai kekuatan rangkaian kesatuan guru untuk merekabentuk dan menguasai upaya dalam menentukan pembangunan profesional selaras tuntutan baharu.

4.     Kita perlu manfaatkan potensi teknologi dengan merekabentuk pengalaman pembelajaran yang teradun melalui kolaborasi dan penglibatan aktif pelajar sebagai tumpuan utama. Pedagogi hebat + perkakasan hebat = memperkaya pembelajaran pelajar.

5.     Guru perlu terlebih dahulu jadi pemimpin ’kesejahteraan diri sendiri’ agar dapat jadi pemimpin kelas-kelas baru. 

Senarai ini mungkin bertambah bergantung pada tinggi atau rendahnya sumber-daya pembantu. Guru-guru tidak berketerasingan, kita berhubungan, kita mencipta, dan kita berinovasi.

Intipati:

Peranan guru sangat penting dalam memastikan pembelajaran yang berkesan bagi murid yang pelbagai. Teknologi dapat membantu penambahbaikan nilai pedagogi efektif dalam memastikan pencapaian optimum semua pelajar (tanpa mengira keupayaan daam pelbagai segi). Pembangunan profesional berterusan guru adalah penting untuk kejayaan pendidikan yang inklusif.

Or in English language

Conclusion from the 5+ hours session

5 ways that teachers want to adapt for the new normal 

1.          We need to build relationship with local communities and services to form effective 
partnership

2.          We need passionate and professional practitioners to take the lead with local and 
national organisations and the unions

3.          We need to use the strength of our teacher network to design and owned our 
professional development for change

4.          We need to untap the potential of technology by designing the blended learning          
                  experience with student engagement and collaboration as the centre. Great pedagogy + great tools= enhanced learning for students
                   
5.          Teachers need to be leaders of their wellbeing  in order to be leaders of new 
                  classrooms.  


Depending on the context-: low resources or high resources, the list may add up.

No teacher is an island, We CONNECT, we CREATE, and we INNOVATE

Missing point? 
The effective role and partnership of stakeholders
-->

Thursday 28 May 2020

Banner PPKI SKPPL

Assalamualaikum. Hello semua. 

Sharing the is the PPKI banner of the school. Quite a size in reality.

The banner is created using Microsoft Powerpoint by simply layering pictures. Where do I found the pictures? Of course the INTERNET. This is not a single picture. There are a few pictures (not the cloud) which I combined and used to design the banner. Berhati-hati dalam memilih gambar yang percuma untuk dimuat turun! Try an do it.

Wednesday 27 May 2020

PAMPLET PPKI SKPPL 2020


Assalamualaikum.

The school's brochure that I have created earlier this year.

Towards Inclusive Training for Inclusive Education (Published paper in INTED2019 Proceedings)

Assalamualaikum wbt.

Good day.


Alhamdulillah, I had the opportunity to present a paper at a prestigious international conference in 2019. The conference was the 13th International Technology, Education and Development Conference, held in Valencia, Spain on the 11th, 12th and the 13th of November 2019. The INTED conference is an annual event attended and joined by many practitioners, researchers and scholars across the globe such as Finland, Germany, Greece, Portugal, Japan, United States, United Kingdom, Tanzania, Turkey, Russian Federation, and the United Arab Emirates.


I marked Kota Bharu, Ipoh and Southampton- all three!





This was the first conference that I presented outside the UK. I had a marvellous time at the conference. It was indeed a memorable experience as I endured another interesting event during the trip. (I will try to share the excitement about the trip in another post).


There was a pact of activities during the conference. I enjoyed attending a few activities before and after the presentation. I learned plenty of new things there. There were the usual oral presentation, poster presentation, the seminar, hands-on activities, networking activities and many more. Also, there were two keynote speeches:

  • Digital Leadership: Changing Paradigms for Changing Time by Eric Sheninger
  • How Neuroscience is Changing What We Know about Learning: Practical Insights for Instructors by Barbara Oakley

Can you find me?


You can click on the link below to view the detail about other activities during the conference and watch the conference videos.

Link to the archived website

During the previous MCO and recently CMCO, I have been learning many new things while preparing a module for my pupils. Yes, learning never stops for me. I like to challenge myself and learn new things. Hence, I tried the anyflip and created the ebook from the research paper.



Please click on the link below to read the paper.

https://bit.ly/inclusivetraininglilyjohn

or

Link to the IATED Digital Library




A few photos



I will try to write and share more soon.


#Take care and stay safe.

Wednesday 20 May 2020

An e-book to be?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

This is just another piece of mind- my 2 cents. But, in making the content interesting, I decided to try the Canva. Hence, this e-book. I hope you understand the message written. Enjoy the reading! Klik the link below:


Click to view.

Friday 15 May 2020

Video Kenali Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Dalam situasi sekarang, segalanya berlaku di luar norma kita. Gaya hidup, media sosial, tugas profesional, masa bersama keluarga dan yang utamanya masa kepada Ilahi. Semuanya berubah. Ini mendambakan kita berfikir di luar kotak - menjadikan kita InsyaAllah lebih berinovasi.

Sebagai pendidik, saya sentíasa memikirkan sesuatu yang dapat membantu murid bekeperluan khas (MBK). Tanpa mengira guru perdana atau khas, memikirkan kesesuaian bahan, keupayaan murid dan akses murid kepada bahan menyebabkan ramai di antara kita bersengkang mata untuk mempelajari sesuatu (yang mungkin baru) untuk menghasilkan inovasi yang dapat dicapai oleh murid. 

Sebagai agen perubahan, kita akan sentiasa berusaha memainkan peranan sebagai pendidik dengan lebih bijak, lebih kreatif dan lebih inovatif. Ya, kita perlu sentiasa belajar..explore sesuatu perkara yang baru dan mengetahui bahawa sesuatu perlu diteroka. 

Dalam usaha meningkatkan ilmu dan niat untuk memastikan MBK berkefungsian rendah tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka, video pertama telah saya mula naik ke youtube. Video ini video Kenali Haiwan Peliharaan di pautan

https://youtu.be/iB2sPVUeVwc

Penghasilan video berkualiti sebenarnya bergantung kepada banyak faktor antaranya kemudahan peranti yang ada dan proses mengedit. Video juga dimuatnaik ke YouTube bukan untuk mengejar populariti tetapi memberi pilihan kepada ramai untuk akses kepada bahan. Mungkin ini juga satu permulaan. Yang penting kita sentiasa berusaha untuk belajar dan meningkatkan ilmu dan membuat sesuatu dengan ikhlas. InsyaAllah ganjaran yang besar menanti kita semua. 

Harapan saya video ini dapat membantu ibu bapa/penjaga dan anak-anak saya yang telah lama tidak saya dijumpai dapat terus belajar (dan melepaskan rindu kepada Teacher Lily)!

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Terima kasih cikgu. Thank you Teacher.

'Berguru kerana ilmu, bina generasi baharu' 

Sunday 10 May 2020

Another game on Animal.

Wordwall- kenali haiwan

Trying this great platform...

SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Semoga anda semua sihat sejahtera. Untuk permulaan atau first entry pada tahun 2020 sesuai dengan situasi sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, saya kongsikan Lembaran Kerja untuk subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Lembaran kerja pada kali ini bertemakan Haiwan. Ia adalah contoh lembaran kerja yang boleh disediakan bagi murid bekeperluan khas untuk pelbagai tahap penguasaan. Tidak dinafikan lembaran kerja ini juga boleh diberikan kepada murid perdana. Sila klik LEMBARAN KERJA SAINS