Tuesday 1 April 2014

GURU PERIPATETIK







KURSUS GURU PERIPATETIK KEPERLUAN KHAS
KOHOT 13
DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN
KUBANG KERIAN, KELANTAN.

Tarikh: 15 Mei – 6 September 2009



INTRODUKSI

Kursus Persijilan Jangka Pendek 12 Minggu Guru Peripatetik Keperluan Khas telah dilaksanakan bermula pada 18 September 2005.  Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Otorinolaringologi – HNS, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, telah  melatih  seramai 109 orang guru telah dilatih dalam bidang asas pemulihan pendengaran dan pertuturan dan sebanyak 13 kohot kursus guru peripatetik keperluan khas telah dilaksanakan. Kohot pertama program ini ialah pada 20 Jun 2002 (hingga 16 Ogos 2002). 

Saya telah berpeluang mengikuti kursus ini setelah beberapa kali permohonan dibuat. Malah 13 orang guru pendidikan khas yang berjaya mengikuti kursus sehingga tamat merupakan kohot pertama yang ditemuduga. Wakil dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga USM telah menemuduga seramai 20 orang guru dari seluruh Malaysia pada 8 Jun 2009.

KURIKULUM KURSUS:

  Anatomi dan Fisiologi Asas
  Perkembangan Normal Kanak-kanak dan Pemerolehan  
  Bahasa
  Pasukan Pelbagai Disiplin
  Rehabilitasi dan Teknik Intervensi
  Masalah Pembelajaran dan Keperluan Khas
  Orientasi Klinikal
  Kaunseling untuk Populasi Khas
  Seminar dan Isu Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  Kerja Kursus/Praktikal/Laporan


AKTIVITI

Aktiviti utama sepanjang kursus meliputi kelas tutorial, pemerhatian klinikal di klinik fisioterapi, pemulihan cara kerja, audiologi, pertuturan dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, PDK  di sekitar negeri Kelantan yang merangkumi pelbagai daerah juga dilaksanakan.  Selain itu tugasan dan pembentangan individu serta berkumpulan juga diwajibkan. Peserta-peserta kursus perlu lulus dalam Latihan Observasi Klinikal, Penilaian Berterusan dan Ujian Akhir Kursus.





PENGALAMAN BERHARGA

1.   Tinjauan Perkhidmatan di SK Kubang Kerian 3 pada 24 Jun 2009. (SK Kubang Kerian 3 ialah sekolah pertama yang menjalankan Program Pendidikan Khas Disleksia)


2.   Seminar peringkat kebangsaan - Seminar Meningkatkan Kesedaran Hygiene Dan Pendidikan Seks Dalam Pengurusan Anak-Anak Berkeperluan Khas diadakan pada 28 Julai 2009 di Dewan Utama USM, Kampus Kesihatan telah dihadiri lebih 400 orang. Panel seminar bukan calang-calang orang. 


Ahli panel terdiri daripada:


                                 I.      Prof Madya Dr Mohd Jamil Yaacob
Ketua Jabatan/Pensyarah Psikiatri, 
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

        II.    Dr Noraini bt Zainal Abidin
                               Penolong Pengarah Pendidikan Khas
                               Cawangan Pengurusan Pendidikan Khas
                               Bahagian Pendidikan Khas
                               Kementerian Pelajaran Malaysia

                III.      Dr Zaharah bt Sulaiman
               Ketua Unit/Pensyarah 
               Pusat Perkembangan Kesihatan Wanita 
               Pusat Pengajian Sains Perubatan
               Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

    IV.     Dr. Aminah Bee bt Mohd Kassim
                  Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Kesihatan Keluarga
             Kementerian Kesihatan Malaysia

                V.     En Syamsul Amri Sallehuddin
                         Penolong Pengarah Kanan
                         Unit Kebajikan Perubatan
                         Universiti Sains Malaysia


            Moderator: Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek


3.   ‘Screening’ di SMK Panji, Kelantan pada 17 Ogos 2009. (Tim terdiri daripada peserta kursus, ahli patologi pertuturan. Audiologis, Fisioterapis, Juru pemulihan Cara Kerja serta doktor pakar dari Jabatan Otorinolaringologi-HNS, USM dengan kerjasama Pn KA Radziyah dan guru-guru sekolah tersebut).


4.   Program ‘Outreach’ bertemakan Selamatkah Anak Kita.  Program ini telah dilaksanakan di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut, Trengganu pada 19 Ogos 2009. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Muhammad Pehemi b Hj Yusof, ADUN Kota Putra, Besut.







Peserta-peserta kursus juga berpeluang untuk melalui program motivasi Ihsaniah di Tok Bali Kelantan. 



Secara peribadi banyak pengalaman bermakna dan kekal di ingatan apabila mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan terlibat bersama tim dari HUSM dalam program intervensi. Saya juga berusaha untuk menghasilkan kertas kerja Seminar dan Program Outreach serta bekerjasama dengan semua peserta kursus untuk menjayakan projek. PROGRAM SEMINAR berjaya menarik peserta lebih 400 orang yang melibatkan bukan hanya warga hospital yang terdiri daripada doktor, speech therapist, occupational therapist, jururawat, malah ibu bapa penjaga, Guru Besar/Pengetua, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Murid, JKM, PDK, NGO dan guru-guru di seluruh Malaysia. Saya amat terharu dengan kehadiran guru-guru yang sanggup 'terbang' daripada Sabah dan Sarawak. 




Kerjasama erat juga terjalin dengan organisasi bukan kerajaan. Di samping itu juga saya di pertanggungjawab untuk menjadi Pengacara Majlis bagi Seminar Kebangsaan bersama En Adeli, penghulu kursus.

Terima kasih diucapkan kepada Profesor Dr DinSuhaimi Sidek, Jabatan Otorinolaringologi-HNS Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Dr Rosdan b Salim, En Che Ismail b Che Lah, Cik Rosmawati dan semua jawatankuasa pengelola kursus. Syabas kepada semua peserta kursus Peripatetik Kohot 13. Selamat Maju Jaya.


dalam kenangan



Kapten Rosmalily binti Salleh
Penghuluwati
Kursus Guru Peripatetik Keperluan Khas Kohot 13
2009

No comments:

Post a Comment