Saturday, 22 March 2014

RPI, LINUS DAN KSSR?

Kenapa?






Dah ada RPI, timbul LINUS dan kemudian KSSR..Waaaa

Kenapa perdana ada LINUS, kita pun ikut buat linus, perdana ada KSSR kita pun kena buat KSSR. Mana murid kita mampu? Di antara keluhan guru-guru pendidikan khas.

Sebenarnya perlaksanaan ketiga-tiga perkara tersebut bukan hanya untuk membebankan guru tetapi adalah untuk perkembangan dan peningkatan murid-murid.

Bukan hanya untuk membebankan guru semata-mata tetapi sebenarnya objektifnya sangat baik. Hasilnya hanya dapat dilihat dengan perancangan dan perlaksanaan yang bijak...pastinya dengan sedikit kesusahan pada peringkat awal...tetapi dengan perlaksanaan terancang dan bijak, kerja kita menjadi mudah pada akhirnya.

Tiada yang mudah dalam melakukan perkara baik, perkara baru ..dengan keluhan dah tohmahan, serta bebanan yang lain, mungkin kita cenderung untuk berputus asa. 

Tetapi kita harus ingat, perkara baru juga dirancang serta diusahakan oleh kalangan kita..para JU, pensyarah dan pegawai dari Kementerian turut serta dalam pembikinan sama ada LINUS mahupun KSSR. Oleh yang demikian, kesilapan kecil mungkin berlaku. Namun ianya sentiasa dipertingkatkan..ditambahbaik seperti kurikulum kita.

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi sekolah rendah (dan KSSM-Kurikulum Standard Sekolah Menengah) adalah satu transformasi dalam sistem pendidikan kita. (Generasi KBSR!) Daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diubah daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah..

mmmm..Panjang lebar pula tentang sejarah kurikulum

Oleh yang demikian, semua guru khas perlu faham bahawa KSSR adalah kurikulum yang wajib dilaksanakan. Perlaksanaannya adalah secara berperingkat. Tahun 2014 merupakan permulaan KSSR bagi tahun 4. 

(Saya pernah diajukan oleh seorang guru melalui panggilan telefon..bagi penetapan murid LINUS.  Murid baru masuk ke sekolah tetapi tidak layak untuk KSSR kata guru tersebut.

Saya menjelaskan bahawa, murid-murid yang telah dikelaskan dalam kelas KBSR (biasanya murid -murid yang akan ke sekolah menengah) akan diteruskan. Bagi murid baru masuk ..tiada lagi istilah KBSR, murid-murid ini secara automatis berada di kelas KSSR 1)


LINUS

Murid telah berada di sekolah sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum menduduki ujian LINUS. Ini memberi peluang bagi murid tersebut untuk belajar dan menerima bimbingan daripada guru-guru. Ujian ini merupakan satu instrumen untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid. 

Guru-guru dapat mengenalpasti murid tersebut tidak melepasi domain yang mana. Melalui keputusan ini RPI dapat dirancang. Walaupun murid gagal ke-enam-enam domain sudah pasti Domain Pengurusan Tingkah Laku, Sosioemosi serta Motor Halus dan Motor Kasar yang diutamakan jika kita faham tentang konsep RPI.


RPI 

Oleh yang demikian, penulisan RPI sebenarnya adalah selaras dengan perlaksanaan rancangan intervensi LINUS bagi murid berkenaan. Guru-guru boleh menyediakan dokumen yang sebenarnya sama, mungkin tajuk dan borang berbeza sahaja. Dokumen ini perlu difailkan sebagai bukti bahawa guru telah merancang dan melaksanakan RPI malah juga intervensi LINUS dibuat.


"Kecemerlangan insan istimewa, kecaknaan kita semua".



No comments:

Post a Comment