Tuesday, 11 March 2014

PANEL TEMU DUGA

PELANTIKAN SEBAGAI WAKIL JABATAN URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41

Awal cuti persekolahan akhir tahun 2013, saya dikejutkan dengan panggilan telefon 03-...Tergerak hati untuk menjawab panggilan tersebut walaupun kurang gemar menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali...(selalunya iklan)..Rupa-rupanya panggilan penting daripada Suruhanjaya Pendidikan Malaysia..

Panggilan berhubung dengan lantikan sebagai Panel Temuduga Jawatan PPP Siswazah Gred DG41..Saya dipilih untuk menjadi panel temuduga bersama Dato' Abu Bakar bin Othman Setiausaha Perkhidmatan Pendidikan Malaysia untuk guru-guru opsyen Pemulihan..

Pemulihan?..Kenapa bukan Pendidikan Khas..berkaitan kata pegawai berkenaan..

Sememangnya saya seorang yang suka mencuba..kerana bagi saya..ianya adalah salah satu daripada proses pembelajaran dan peningkatan ilmu pengetahuan serta kemahiran..Jika jawapan kita..tidak..saya tidak tahu, saya tidak pandai, takut dan sebagainya..sampai bila kita akan tahu? Adakah melalui 'Copy and Paste', proses pembelajaran berlaku dengan berkesan?

Berikutan dengan panggilan telefon tersebut..bermulalah fasa menuntut, saya mula mencari info..daripada web, KPM, berdiskusi dengan Guru Pemulihan, Guru Besar ...bagi saya kita tidak perlu malu untuk bertanya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut..setelah beberapa kajian telah dijalankan..bukti usaha dan kesungguhan..Terima kasih untuk semua..

Bukan terus bertanya dan meminta bahan untuk di'copy' ..Proses pembelajaran perlu berlaku dengan berkesan!

Hari yang ditunggu-tungu tiba..malam tersebut..saya tidak tidur kerana menelaah bahan bacaan mengenai Pemulihan serta beberapa tajuk berkaitan ikhtisas...MENGALAHKAN INTERVIEWEE..INTERVIEWER LAK YANG TAK DAPAT TIDUR..he he

Temuduga tersebut dijalankan di Politeknik Ungku Omar. (Saya difahamkan, temuduga serupa juga dilaksanakan di IPG Ipoh untuk subjek berbeza). 

Agak lama juga menunggu, seperti 'interviewee'..panel temuduga yang terdiri daripada ketua panitia dan guru cemerlang mengikut subjek..Ini adalah kerana panel yang dilantik ini akan bersama Ketua Panel iaitu pegawai dari SPP. Walaupun masa anggaran telah diberikan kepada penemuduga, saya fikir lebih baik saya datang awal dan bersedia.  

Masa menunggu diperuntukkan untuk sesi diskusi bersama seorang lagi kakak (guru lebih senior)..kalau tidak salah untuk subjek Perdagangan. Sembang punya sembang...rupa-rupanya kakak tersebut mempunyai seorang anak khas..Autism..

Menurut kakak itu lagi, anaknya seorang yang sangat cemerlang dengan nombor tetapi tidak bahasa dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini..Sama-samalah kita mendoakan kejayaannya..

Berbalik kepada temuduga..Alhamdullillah..calon untuk subjek Pemulihan tidak ramai..Jadi masa untuk calon agak lama.

Debaran sebelum ini ..berakhir dengan kepuasan..Alhamdulillah..saya rasa sangat seronok..dan rasa tidak puas..InsyaAllah jika dilantik lagi..saya tidak akan menolak..

Walaupun begitu, saya agak terkilan kerana terdapat seorang calon yang gagal. Apakah implikasinya? Hasil perbincangan Kami (panel  penemuduga) calon tersebut didapati gagal kerana beberapa faktor yang tidak dapat diambil ringan. Jika beliau diluluskan..impak besar keatas murid-murid serta organisasi akan timbul. Kesan yang lebih buruk dapat dilihat menurut pegawai daripada SPP.

Calon ini perlu menunggu sehingga 6 bulan atau lebih lama untuk panggilan temuduga berikutnya..Tarikh pengesahan lantikan juga akan lebih lewat berbanding rakan-rakan lain yang lulus..RUGI kan?

Kenapa calon tersebut gagal?

Komunikasi..ya..cara penyampaian/komunikasi.

1. Bahasa
Oleh kerana subjek opsyen adalah Pemulihan, calon tidak perlu Berbahasa Inggeris tetapi Bahasa Melayu standard. Namun demikian calon telah menggunakan bahasa dengan loghat utara. Calon tidak menunjukkan kebolehan bahawa beliau dapat menggunakan bahasa dengan fasih dan cekap.
Faktor ini masih dapat diabaikan..namun calon telah menunjukkan kelemahan ketara di dalam faktor berikutnya..

2. Tidak dapat menyatakan pendapat
Calon tersebut kelihatan di awan-awangan..kehilangan fokus. Beliau tidak dapat menjawab soalan ..atau jawapan yang diberikan tidak bersesuaian atau bertepatan dengan soalan. Malah apabila menjawab soalan..kebanyakan jawapan adalah berasaskan..atau meniru jawapan rakan yang lain tanpa pengupasan lanjut..(menyatakan pendapat sendiri..dan memberi hujah yang bernas). 

3. Body language (Bahasa tubuh)
Calon kelihatan terlalu rigid dan kelihatan gementar.

Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat. 


No comments:

Post a Comment