Salam..
Saya berasa kasihan dan bimbang dengan aduan bonda tentang gangguan semasa tidur. Beliau mengadu sering ditindih dan lemas serta tercungap-cungap serta kelihatan ingin menjerit meminta pertolongan tetapi suara tidak keluar. Sebagai seorang Muslim saya menasihati bonda supaya membaca ayat kursi, selawat, mengucap dua kalimah Syahadah selain membaca surah 3 QUL.
Untuk mendapat kepastian, saya telah mengajukan persoalan ini kepada seorang Ustaz..(5 tahun telah berlalu). Alhamdullillah ianya menjadi amalan saya..walau pun kekadang tidak sempat tiga kali..sekali je..mata dan badan terlalu penat?
Untuk rakan-rakan,
bagi mengelakkan gangguan tindih amalkan
Membaca membaca surat Al Ikhlash (qul huwallahu ahad), surat Al Falaq (qul a’udzu bi robbil falaq), dan surat An Naas (qul a’udzu bi robbinnaas), masing-masing sekali dan meniup kedua telapak tangan. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bahagian tubuh yang dapat dijangkau. Mulakan dari muka, tangan badan dan kaki dan seterusnya dihembus. Ulang perbuatan ini sebanyak tiga kali.
More tips?
Mengejutkan daripada tidur
Saya juga belajar untuk berselawat 3 kali sambil menepuk bantal sebagai satu cara 'mengunci jam' (andai kata jam.telefon bimbit tiada untuk mengejutkan kita) InsyaAllah dengan keyakinan dan niat untuk bangun, kita akan sedar.
Memerihalkan tentang perkembangan dan isu dalam konteks pendidikan inklusif, pendidikan khas, Professional Learning Community (PLC), pembangunan kurikulum dan polisi pendidikan umumnya. Juga cuba memberi fokus istimewa kepada pendidikan khas masalah pembelajaran. Memperkembang, memperluas maklumat serta keilmuan dalam bidang-bidang ini melalui penyelidikan, perundingan, perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta sumbangan-sumbangan idea. Itu adalah asas penting bagi blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment