Gelang adalah
satu cara yang baik untuk menyerlahkan gaya fesyen anda. Ia dengan mudah boleh
membuat sesuatu yang biasa dan kosong menjadi lebih menarik. Anda tidak perlu
menghabiskan banyak wang pada gelang baru yang sangat mahal. Dengan sedikit
bahan, masa dan daya kreativiti kita dapat menghasilkan aksesori yang sangat
menarik.
Aktiviti ini
juga dapat dilaksanakan di dalam kelas bagi pelbagai subjek terutamanya seni
dan aktiviti Persatuan Seni. Guru-guru boleh mengaplikasi teknik memasukkan
manik di dalam benang dan membimbing murid bagi menjalin tali (tahap tinggi)
bagi meningkatkan kemahiran motor halus, meningkatkan fokus dan disiplin
murid-murid.
Hasilnya...wow..cantik! Murid bukan hanya dapat menghasilkan
bahan malah mempelajari bebrapa kemahiran. Itu yang penting!
Bahan-bahan:
- 3 ela riben sutera (contoh-warna ungu)
- 2 dozen manik emas 8mm
Cara:
1. Riben dipotong kepada 3 bahagian yang sama
panjang. Saiz gelang standard adalah 7 inci untuk mendapatkan panjang kira-kira
29 inci bagi membuat balutan sebanyak 4 kali.
2. Mulakan menjalin kira-kira 6 inci riben.
Kemaskan hujungnya dengan gelang getah. Tindih dengan benda berat untuk
memastikam ianya tidak bergerak.
3. Masukkan manik ke dalam riben tengah hingga
habis (di dalam model contoh-25 manik digunakan) atau sehingga tinggal 6 inci
riben.
4. Siapkan dengan menjalin baki 6 inci riben
tadi. Kemudian apit - ikat ketiga-tiga hujung riben dengan pengikat riben
/simpulkan.
Ia kelihatan cantik sebagai gelang mahupun
rantai leher.
Shared from http://www.icreativeideas.com.
No comments:
Post a Comment