DOA BULAN REJAB
ZIKIR PADA BULAN REJAB
KELEBIHAN BULAN REJAB
Berikut adalah himpunan
kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan
memperbanyakkan ibadah.
1. Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan
seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab
dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan
LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab
mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa sehari pada
bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan
pahalanya.
6. Puasa 3 hari pada
bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka
(panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada
bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan
daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5 hari pada
bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar
kubur bercaya muka.
9. Puasa 7 hari pada
bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8 hari pada
bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9 hari pada
bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka
tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada
bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi
Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada
bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang
pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada
bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah
Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
15. Puasa 20 hari pada bulan
Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16.Kelebihan bulan Rejab
dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Kalam.
17. Puasa pada awal
Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah
dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari
sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah
pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus
seribu kejahatan.
20. Setiap sehari
puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu
Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik
daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada
bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab,
Bulan Allah.
22. Allah jadikan di
belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan
panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada
Umat Muhammad. Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta
ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada
bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Puasa 20 hari pada bulan
Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab
dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
Puasa pada awal
Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Orang yang lemah
dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari
sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sesiapa bersedekah
pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus
seribu kejahatan.
Setiap sehari
puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu
Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik
daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada
bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab,
Bulan Allah.
Allah jadikan di
belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan
panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada
Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta
ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada
bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 24. Sesiapa berpuasa
sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu,
maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku
tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu
daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan
Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah
seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan
kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan
Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari
pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa
tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di
dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan menabur
benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan
badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat.
SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut
kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah
ditinggalkan semuanya.
Shared from dakwah.org
No comments:
Post a Comment