Salam Israk
Mikraj
Israk Mikraj adalah satu
peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang
mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu
Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah
rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw.
Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan
istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.
---> Ringkasan peristiwa Israk
dan Mikraj <--- o:p="">--->
>>> Sebelum Israk dan
Mikraj <<
Sebelum berlakunya Israk dan
Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati
Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu
tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan
iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang
bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa
yang dinamakan "Israk" itu.
>> Semasa Israk (Perjalanan
dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa) <<<
Sepanjang perjalanan (Israk) itu,
Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di
tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah
telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
1. Negeri Thaibah (Madinah),
tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat
Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa
AS dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut
adalah seperti berikut:
1. Kaum yang sedang bertanam dan
terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru
keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
"Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali
ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir
rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang
dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana
tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu
Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
4. Sekumpulan orang yang hanya
menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau
seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan
perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di
sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
6. Lelaki yang berenang dalam
sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7. Lelaki yang menghimpun
seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang
lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang
menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap
kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:
Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak
melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan
dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang
besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan
dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya.
Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya,
nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk
di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke
tua.
13. Seorang perempuan bongkok 3
menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran
umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa,
Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah SAW terasa dahaga lalu
dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu
lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak
itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
>>> Semasa Mikraj (Naik
ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) <<<
Didatangkan Mikraj (tangga) yang
indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu
terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama,
lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan
riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan
mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.
Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris
AS.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya
dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu
dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk
syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur
dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS
bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah
akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman
syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi
Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu
Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula
Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberapa
peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur
dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di
Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang
berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh
manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur'
Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya,
lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT: Ya Muhammad.
Rasulullah: Labbaika.
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan
bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau
telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar.
Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau
kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,
syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia
dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah SWT: Aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada
umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7
ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku
berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah
'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan
semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50
(waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah SAW
di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh
Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan
jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5
waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam
dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
>>> Selepas Mikraj
<<<
Rasulullah SAW turun ke langit
dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq
ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan
beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam
Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment