Memerihalkan tentang perkembangan dan isu dalam konteks pendidikan inklusif, pendidikan khas, Professional Learning Community (PLC), pembangunan kurikulum dan polisi pendidikan umumnya. Juga cuba memberi fokus istimewa kepada pendidikan khas masalah pembelajaran. Memperkembang, memperluas maklumat serta keilmuan dalam bidang-bidang ini melalui penyelidikan, perundingan, perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta sumbangan-sumbangan idea. Itu adalah asas penting bagi blog ini.
Thursday, 29 May 2014
NIAT KETIKA BERWUDUK
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment