Sunday, 11 May 2014

7 PERINGKAT NAFSU





7 PERINGKAT NAFSU
==============
(1) NAFSU AMMARAH – Nafsu di tahap paling rendah dan jahat. Yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.
(2) NAFSU LAWWAMAH – Jika pada tahap nafsu ammarah diri tidak terkilan dengan kesalahan dilakukan, bahkan megah dengan dosa, tetapi pada tahap ini diri kesal atas keterlanjuran dan kekurangannya menunaikan kewajipan.
(3) NAFSU MULHAMAH - Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.
(4) NAFSU MUTHMAINNAH - Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hukum Allah dan manhajnya, ketentuan qada dan qadar (takdir), mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat. Malah, diri tenang menghayati konsep kehambaan diri kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada segala penyakit.
(5) NAFSU RADHIAH – Nafsu yang menerima dengan rela apa saja ketetapan dari Allah sama ada hukum-hakam dan syariat Allah.
(6) NAFSU MARDHIAH – Kedudukan mereka redha-meredhai, Allah redha ke atas mereka dan mereka redha kepada Allah.
(7) NAFSU KAMILAH – Nafsu yang sempurna, keinginan hanya kepada Allah semata-mata. Nafsu ini dimiliki oleh para Rasul dan Nabi.
Marilah kita bersama muhasabah diri.
Wallahu'alam.

Shared from Dr Wan Shah Razali.

No comments:

Post a Comment