Friday, 15 May 2020

Video Kenali Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Dalam situasi sekarang, segalanya berlaku di luar norma kita. Gaya hidup, media sosial, tugas profesional, masa bersama keluarga dan yang utamanya masa kepada Ilahi. Semuanya berubah. Ini mendambakan kita berfikir di luar kotak - menjadikan kita InsyaAllah lebih berinovasi.

Sebagai pendidik, saya sentíasa memikirkan sesuatu yang dapat membantu murid bekeperluan khas (MBK). Tanpa mengira guru perdana atau khas, memikirkan kesesuaian bahan, keupayaan murid dan akses murid kepada bahan menyebabkan ramai di antara kita bersengkang mata untuk mempelajari sesuatu (yang mungkin baru) untuk menghasilkan inovasi yang dapat dicapai oleh murid. 

Sebagai agen perubahan, kita akan sentiasa berusaha memainkan peranan sebagai pendidik dengan lebih bijak, lebih kreatif dan lebih inovatif. Ya, kita perlu sentiasa belajar..explore sesuatu perkara yang baru dan mengetahui bahawa sesuatu perlu diteroka. 

Dalam usaha meningkatkan ilmu dan niat untuk memastikan MBK berkefungsian rendah tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka, video pertama telah saya mula naik ke youtube. Video ini video Kenali Haiwan Peliharaan di pautan

https://youtu.be/iB2sPVUeVwc

Penghasilan video berkualiti sebenarnya bergantung kepada banyak faktor antaranya kemudahan peranti yang ada dan proses mengedit. Video juga dimuatnaik ke YouTube bukan untuk mengejar populariti tetapi memberi pilihan kepada ramai untuk akses kepada bahan. Mungkin ini juga satu permulaan. Yang penting kita sentiasa berusaha untuk belajar dan meningkatkan ilmu dan membuat sesuatu dengan ikhlas. InsyaAllah ganjaran yang besar menanti kita semua. 

Harapan saya video ini dapat membantu ibu bapa/penjaga dan anak-anak saya yang telah lama tidak saya dijumpai dapat terus belajar (dan melepaskan rindu kepada Teacher Lily)!

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Terima kasih cikgu. Thank you Teacher.

'Berguru kerana ilmu, bina generasi baharu' 

No comments:

Post a Comment