Salam.
Semoga semuanya sihat walafiat.
Saya kongsikan pautan kepada Kuiz Kenali Haiwan Google Forms. Kuiz ini direka untuk MBK bermula dari tahun satu. Walaupun subjek SAS tidak diajar kepada MBK pada tahap satu, pembinaan soalan yang menggabungkan kemahiran-kemahiran yang digariskan dalam subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik telah diterapkan. Penggunaan gambar sebenar dan kartun juga dapat membantu MBK. Bantuan dan bimbingan ibu bapa/ penjaga diperlukan mungkin bukan hanya untuk membaca soalan tetapi juga dalam memilih (menekan klik) pada jawapan. Indeed, parents support is needed by teachers to execute any teaching and learning activities planned for pupils with SEN.
Kuiz Kenali Haiwan
Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan yang dikongsikan adalah sebahagian daripada bahan yag saya bina bagi Modul 1 subjek SAS. Semoga saya dapat teruskan dengan menghasilkan bahan-bahan lain seperti video untuk dimuat naik ke saluran YouTube TeacherLily
InsyaAllah. Semoga kita semua terus bermotivasi untuk terus cakna tentang pembelajaran anak-anak kita.
Take care and stay safe.
Memerihalkan tentang perkembangan dan isu dalam konteks pendidikan inklusif, pendidikan khas, Professional Learning Community (PLC), pembangunan kurikulum dan polisi pendidikan umumnya. Juga cuba memberi fokus istimewa kepada pendidikan khas masalah pembelajaran. Memperkembang, memperluas maklumat serta keilmuan dalam bidang-bidang ini melalui penyelidikan, perundingan, perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta sumbangan-sumbangan idea. Itu adalah asas penting bagi blog ini.
No comments:
Post a Comment