Thursday, 11 June 2020

MENDEKATI MBK SEPANJANG PKP


Salam.

Saya ingin berkongsi strategi yang saya gunakan dalam memastikan anak-anak MBK tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Tugasan diberi dengan mengambil kira keupayaan anak-anak serta pemilikan kepada peranti atau capaian internet. 

Tugasan diberi selepas bahan pembelajaran seperti video dan panduan kepada ibu bapa disertakan dalam membimbing anak-anak MBK. 

Bahan pembelajaran meliputi: 

1.    Video pembelajaran
2.    Kuiz atas talian- Google Classroom
3.    Kuiz permainan seperti Wordwallnett atau Quizizz
4.    Tugasan bertulis-lembaran kerja
5.    Projek
     (untuk projek saya fikirkan aktiviti yang tidak memerlukan peranti atau capaian internet)

Contoh Projek bagi tajuk Haiwan Peliharaan:
Ibu bapa boleh merakan video anak-anak bersama haiwan peliharaan dan melihat interaksi mereka bersama haiwan peliharaan. Penjagaan haiwan peliharaan serta penerapan nilai berlaku semasa proses bimbingan ini. 

Bagi video kali ini, saya cuba menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya although I tend to mix the languages when teaching. (Guru-guru boleh menghasilkan video dan memuatnaik video yang menarik dan sesuai mengikut tahap murid). Saya juga kongsikan video dalam Bahasa Inggeris kepada ibu bapa/penjaga. Oleh kerana untuk subjek SAS ini, saya membimbing murid-murid Tahun 5, sukatan Tahun 5 menjadi panduan. (Saya hanya mengajar satu kelas SAS sebenarnya). Namun setiap bahan dan tugasan yang dihasilkan mengambil kira semua tahap murid. 

Semoga bermanfaat.

Note: These are parts of the materials that I have created and produced for Modul 1: Haiwan subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar KSSR PK (Pembelajaran). 

++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

11 Jun 2020 

Tugasan bagi subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar pada minggu ini:

1.    Tonton video yang boleh dicapai melalui saluran YouTube  Teacher Lily

      Video juga boleh ditonton di blog specialedurokam:

2.    Cuba jawab kuiz di Google Classroom. Kuiz boleh dicapai melalui:

atau melalui 
Kod Kelas Google Clasroom: u4nd45x

Sijil boleh dijana selepas anak-anak menjawab kuiz dengan markah sekurang-kurangnya 70%. Kehadiran/penglibatan anak-anak boleh dilihat apabila mereka cuba menjawab soalan kuiz. Saya harap semua murid tahap 2 dapat dibantu oleh ibu bapa untuk cuba menjawab soalan kuiz tersebut. 

Kuiz telah direka dengan peningkatan tahap kesukaran soalan. 

Anak-anak tahap 1 boleh dibimbing semasa menonton video serta membuat aktviti lain tanpa perlu menjawab kuiz di Google Classroom. 

Anak-anak juga boleh terus menyambung tugasan bertulis.

Atau 

Kesulitan tentang peranti dan capaian internet?

Projek Topeng Haiwan Liar/Origami Muka Haiwan Liar

Anak-anak juga boleh dibimbing untuk membuat origami muka haiwan liar atau topeng haiwan liar dari lukisan. 


Selamat mencuba. Jom share hasil tugasan atau video/gambarfoto anak-anak membuat aktiviti. 

Take care and stay safe. 

Terima kasih. 

Teacher Lily
Mejar Dr Rosmalily binti Salleh
Guru Cemerlang


CONTOH ORIGAMI:



No comments:

Post a Comment