WACANA PENDIDIKAN KHAS, PENDIDIKAN INKLUSIF, KURIKULUM DAN PLC
Memerihalkan tentang perkembangan dan isu dalam konteks pendidikan inklusif, pendidikan khas, Professional Learning Community (PLC), pembangunan kurikulum dan polisi pendidikan umumnya. Juga cuba memberi fokus istimewa kepada pendidikan khas masalah pembelajaran. Memperkembang, memperluas maklumat serta keilmuan dalam bidang-bidang ini melalui penyelidikan, perundingan, perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta sumbangan-sumbangan idea. Itu adalah asas penting bagi blog ini.
Wednesday, 12 April 2023
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY IN EDUCATION: UNDERSTANDING INCLUSIVE PEDAGOGY
Tuesday, 21 March 2023
WEBINAR INCLUSIVE PEDAGOGIES (DESIGNING AND IMPLEMENTING INCLUSIVE PEDAGOGIES)
Assalamualaikum to all teachers, educators, academicians, staff of the educational agencies/organisations or anyone who might have an interest in Inclusive Education. You are invited to register and participate in the Professional Learning Community session (organised by the Curriculum Development Division, MOE). Our invited speaker is Prof Dr David Evans from the University of Sydney. Important particulars are as follows:
Date: Wednesday, 22nd March 2023
Time: 2.30PM - 4.30PM
Mode: Online - Google Meet
http://meet.google.com/bgx-qeiv-bkq
http://stream.meet.google.com/stream/ff8c8d48-21a4-43eb-bcb6-ec119cddad65
Sunday, 22 January 2023
Research Article: SCHOOL-BASED CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT - WHY BOTHER? PERCEPTIONS OF TEACHERS IN MALAYSIA
Saturday, 21 January 2023
TIP UNTUK MEREBUT PELUANG BELAJAR DI LUAR NEGARA (Bahagian 2)
(Sambungan dari Bahagian Pertama)
i. Penguasaan bahasa: Bergantung pada negara yg anda pilih dan bahasa penghantar yg bakal digunakan. Jika bahasa Arab misalnya, tentukan anda menguasai verbal dan penulisannya sebaik mungkin. Jika anda belum pernah belajar di barat, Australia, atau NZ, anda perlu menduduki IELTS (akademik) dan mencapai scoring atau "band" terbaik utk belajar di wilayah itu. Ini adalah keperluan asas yg perlu dilampirkan sewaktu memohon tajaan.
j. Dokumen yg kemaskini: Saya memperkatakan ttg "hardcopy" atau "hard evidence". (Kita tidak akan bincang softcopy, online atau digitised documents). Segala sijil, surat, ijazah atau apa sahaja dokumen yg berkaitan hendaklah dikompilasi dgn teratur dlm clear folder. Jika tidak cukup satu fail, sediakan dua atau tiga, bergantung pada jumlah dokumen yg anda miliki. Dokumen hendaklah "authentic". Dokumen disusun-atur mengikut prioriti, di bawah kategori-kategori yg tersendiri (secara profesional) utk memudahkan rujukan. Mengikut turutan tarikh dokumen diterbitkan/disahkan. Ini cukup penting. Pengurusan dokumen yg baik menggambarkan perwatakan anda. Sesetengah ahli panel cukup cerewet. Hanya dgn melihat berapa jumlah fail yg anda bawa dan kulit luarannya, mereka sudah tahu siapa anda! Dan, anda sudah tahu apa nasib yg akan menimpa anda...!
k. Bukti Keaktifan: Anda perlu membuktikan bahawa anda adalah "penyumbang" yg prolifik dan aktif dlm gelanggang akademik dan kemasyarakatan. Sama ada sebagai penyelaras, penceramah, pemimpin, penasihat, pengurus, penyelia, jurulatih, pelatih, fasilitator, peserta biasa, pembantu am, perserta kursus atau apa saja (terkecuali aflilsiasi-afilisiasi politik atau terkaitan...!). Dan, ia memerlukan "hardcopy" sebagai bukti keaktifan. Segala sijil patut dikompilasi dlm fail anda sebagai bukti. Keaktifan akademik dan sosial amat membantu...!
l. Topik penyelidikan: Jika anda bercadang membuat penyelidikan pada peringkat sarjana atau PhD, tentukan anda telah menyenaraipendekkan topik-topik bagi penyelidikan anda. Buat saringan yg terperinci. Pilihlah topik yg paling "sesuai": serius tetapi tidak terlalu berat (hingga sukar ditamatkan); bukan topik "pasar malam" yg murahan yg terlalu ringan (hingga jadi terlalu murahan, tidak bermakna, tidak bermanfaat..); menyumbang kpd "the body of knowledge"; sesuatu yg "novel" (baru); originaliti, bukan plagiat; menarik, bermunafaat dan punya impak positif kpd masyarakat; pragmatik. Ini bererti, anda perlu melakukan bacaan meluas, rujukan atau kajian-kajian awal, berbincang dgn rakan-rakan yg berpengetahuan, membuat perbandingan sebelum membina topik yg anda pilih..
m. Memajukan permohonan: Perlu lengkap. Dokumen yg kemaskini. Teratur. On time. Bidang yg tepat. Institusi yg tepat. Wilayah yg tepat. Segalanya kena tepat. Apa saja kesilapan yg terjadi akan menjadi alasan utk permohonan anda tertolak. Lantaran ia menggambarkan sikap anda yg sambil-lewa. Walhal nanti anda akan "diamanahkan" dgn dana awam (duit rakyat!) yg berjumlah beratusan ribu ringgit dlm memenuhi "mimpi" anda..!.
n. Persediaan temu duga: Bual cara? Boleh saja. Tetapi, "mangsanya" ialah anda. Itu kalau anda langsung enggan bersedia. Bersiap-sedialah: mental, fizikal, spiritual, lojistikal... Hari temu duga adalah "hari raya" utk anda. Atau, hari utk "jatuh hukuman" oleh mahkamah tinggi..? Jika anda adalah "on the right path" dan telah membuat segala persediaan secara terperinci sebelum pergi bertempur, insyaAllah, anda akan berjaya dalam mana-mana medan peperangan...!
***Moga perkongsian ringkas dan santai ini akan memberi manfaat kpd semua, InsyaAllah...
Friday, 20 January 2023
TIP UNTUK MEREBUT PELUANG BELAJAR DI LUAR NEGARA (Bahagian Pertama)
Salam kepada semua ikhwan,
"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...?" Itu pesanan tok-nenek kita. BUKAN MUDAH...! BUKAN MURAH...! Semua orang ingin belajar di luar negara. Insyaallah, anda boleh menggapainya. Setidak-tidaknya sekali dlm seumur hidup. Bukan sekedar itu. Jikalau boleh, biarlah berbaloi dgn upaya yg digembeling, tujuan dan caranya. Maksudnya, ia sesuatu yg berprestij. Sesuatu yg menggambarkan prestasi kecemerlangan peribadi dlm pencapaian akademik. Bukan hanya belajar biasa-biasa dan selepas itu pulang dgn hanya sekeping sijil, diploma, sebiji BMW, sebiji Mercedes C200 terpakai, atau kelulusan murahan dari institusi yang murahan.
Lebih buruk lagi kalau anda gagal mencapai sesuatu, pulang dgn tangan kosong. Kalau boleh, biarlah perjalanan itu menjadi salah-satu mercu tanda dlm kehidupan kita yg serba sementara ini. Suatu tanda yg jadi kebanggaan keluarga, bangsa, agama dan negara, InsyaAllah. Tiada yg mustahil dijangkau dlm gelanggang keilmuan, kecuali jika kita tidak berkemahuan...
Hari ini saya ingin kongsi segelintir dari puluhan tip yg boleh didapati di mana-mana:
a. Keikhlasan pembelajaran: Apa tujuan sebenar anda? Mahu belajar? Atau, mahu makan angin, "honeymoon" di bawah litupan salju, kegairahan musim runtuk atau keceriaan musim bunga? Tujuan anda perlu tepat dan jitu. Jika sekadar untuk berpelesiran di bumi bersalju, anda boleh lupakan semuanya. Keikhlasan perlu dicapai sebelum anda bercadang utk belajar di luar negara, lantaran kosnya terlalu tinggi dan dana biaya yg bakal anda terima ialah wang rakyat, termasuklah duit dari golongan B40..!!
b. Keputusan yg tepat: Setiap keputusan perlu tepat, realistik, sejajar dgn keupayaan diri. Tidak membabi-buta tanpa mengambil-kira implikasi dari keputusan itu. Keputusan - samaada jangkapendek atau panjang, perlu teliti. Terperinci. Anda memilih utk belajar di Cambridge atau Stanford? Atau, cukup dgn universiti atau kolej "cap ayam" sahaja? Yg penting, senang "lulus", tak payah buat tesis berjela-jela, memadai dgn 3-4 conference paper sahaja sudah cukup utk dapat gelaran "Sarjana" atau "Doktor Falsafah"...? Adakah kolej yg dikenalpasti itu sesuai dgn bidang anda? Adakah kelulusan anda cukup baik utk ke sana? Adakah anda sudah "survey" dan berinteraksi dgn profesor-profesor yg berpotensi utk jadi penyelia anda? Adakah mereka berkelayakan? Wow, ada 1001 perkara perlu dikaji, dibanding, diputuskan sebelum anda memilih dan membuat keputusan.
c. Pilihan yg tepat: Apa dia pilihan yg tepat? Tanpa pilihan yg tepat, keputusan juga akan tersasar dan sukar utk menjadi tepat. Biar saya kongsikan isu yg kerap berlegar dalam kepala dan minda kita. Persoalannya hampir serupa dgn yg di atas tadi: Nak sambung belajar diluar negeri atau memadai dlm negeri sahaja? Nak belajar bidang apa? Nak belajar kat mana? Universiti yg mana satu? Siapa nak biaya? Apa jenis biaya yg diperlukan? Bila? Apa? Bagaimana? Dan, pelbagai bentuk persoalan akan berleret-leret didalam tempurung kepala anda. Maka, tugas utama anda ialah membuat tapisan dan pilihan terbaik berasaskan segala maklumat yg ada. Setelah saringan dibuat, berbincanglah dgn pihak-pihak berkepentingan. Pilihan yg (hampir) baik masih belum menjamin keputusan yg tepat. Ini merupakan cabaran awal utk anda. Anda memilih berasaskan prioriti atau realiti? Tentu sukar utk dijawab, bukan? Anda perlu realistik. Mahu pergi ke Oxford atau Havard? Mana lebih "glamor"? Berpijaklah dibumi yg nyata...
d. Prestasi diri: Kaji prestasi diri terlebih dulu - samaada anda cukup layak dan berdisplin utk belajar di rantau orang. Atau, anda hanya akan membazir waktu, sumber dan wang rakyat? Bertanyalah pada diri sendiri - adakah anda punya kekuatan utk menempuh segala bentuk cabaran dan kepayahan yg sedang menanti didepan mata? Adakah anda cukup enthusiastic, beriltizam tinggi, sanggup mati kerananya..? Atau, anda sedang berilusi dgn upaya persediaan yg tak seberapa, mutu dan topik kajian yg murahan, sekedar utk penuhkan syarat, cepat selesai..?
e. Prestasi institusi pilihan: Apabila anda memilih institusi atau universiti, pilihlah yg memiliki ranking terbaik dlm displin atau bidang kepakaran anda. Jangan ambil jalan mudah. Kaji terlebih dulu prestasi institusi-institusi yg bakal dipilih. Sebagai contoh, jika anda memilih utk ke Australia, pilihlah universiti yg terbaik di negara itu. Jgn bersikap sambil-lewa. Tiada guna belajar di seberang lautan jika kolej atau institusi yg dipilih adalah lebih rendah murtabat akademiknya berbanding di Malaysia. Juga, tiada munfaatnya belajar jauh-jauh jika kita memang sudah ada profesor, pakar-pakar yg kompeten utk menyelia penyelidikan sarjana atau PhD anda dan kita ada makmal yg canggih utk melakukan eksperimentasi. Lebih baik anda belajar dlm negeri sahaja daripada membazirkan duit negara..!
f. Persediaan rapi: Mental, fizikal, spiritual termasuk logistik dan kewangan semua perlu tersedia serapi mungkin. Sijil-sijil kelulusan hendaklah "up-todate". Wawasan dan objektif dlm kepala juga up-todate. Pengetahuan am berhubung isu bidang yg ingin dipelajari/dikaji - itu tak usah tanya..! Ketahuilah - anda akan berdepan dgn ahli panel temuduga/penilai yg "memeranjatkan" jika anda tak bersedia.. Dlm konteks ini, persediaan ilmu dan kempetensi adalah paling penting. Pengetahuan di sekitar bidang yg ingin dikaji adalah termaklum..!
g. Perancangan terperinci: Terlalu mudah disebut. Tapi jarang dibuat orang. Akibatnya, bencana besar akan melanda. Sesetengah keputusan itu akan membabitkan kepentingan hidup dan mati. Jadi, jika anda malas merancang, anda sekedar menempah kematian (atau kegagalan..). Belajar keluar negara memerlukan perancangan yg kemas dan cukup terperinci. Anda akan belajar di sana selama 3-4 atau 5 tahun. Jangka waktu ini (sebenarnya) terlalu panjang. Saya tidak bercakap soal emosi tetapi soal kos sara hidup dan biaya lain di sepanjang jangka masa pembelajaran tersebut. Anda boleh belajar selama seribu tahun jika anda dibiaya selama seribu tahun. Tetapi jika anda hanya dibiaya selama 4 tahun misalnya, tentukan anda akan selesai belajar dlm waktu 40 bulan dan 8 bulan yg selebihnya ialah utk kontigensi (darurat). Dgn cara ini, insyaAllah, anda mungkin dapat selesaikan pengajian dlm tempoh yg ditetapkan (atau "graduate-on-time"..). Jadual pembelajaran yg terperinci adalah mandatori. Meskipun masih dlm peringkat permohonan biasiswa, tidak bermaksud anda tidak perlu merancang sesuatu...Jadikan "perancangan" sebagai budaya dlm diri anda..
h. Wawasan yg mantap: Adakah anda pergi belajar utk "glamor" bagai seorang selebriti? Jika itulah wawasannya, baik lupakan saja. Benar, mungkin ada segelintir selebriti berjaya mendapat PhD (sesuai dgn bidang kerjaya periuk-nasi mereka..), tetapi anda sebagai guru/pengajar/jurulatih/pensyarah/ahli akademik yg profesional wajar melupakan "dunia glamor" yg tidak menjanjikan sebarang pulangan yg positif kepada masyarakat dlm jangkapanjang (kecuali jika anda memang ingin jadi selebritis..!). Maka, wawasan yg jitu adalah perlu. Keikhlasan pembelajaran adalah asas kpd wawasan yg positif. Anda belajar keluar negara dgn wawasan utk menyumbang kpd agama, bangsa, negara dan dunia dgn lebih berkesan, holistik dan tersebar berbanding sebelumnya..!
Saya akan sambung di hari yg lain...Insyaallah.
Nota: Saya berbicara dlm kontek jika anda merancang utk memohon tajaan belajar luar negara di bawah mana-mana agensi kerajaan, universiti awam, institusi atau organisasi quasi. Tetapi jika anda terbiaya dgn duit-poket sendiri, tips ini mungkin kurang relevan utk anda. InsyaAllah, moga tips ringkas ini bermunafaat buat semua pembaca...! Wassalam
Sunday, 11 December 2022
Conference Paper: Inclusive education: Equality and equity (Teachers' views about inclusive education in Malaysia's primary schools)
- February 2020
- Conference: Special Education International Conference (SEIC) 2019 (25-27 Sept 2019)
- At: Putrajaya, Malaysia
- Project:
- CPD AND INCLUSIVE EDUCATION
Saturday, 10 December 2022
Conference Paper: Embracing Inclusive Education: Teachers' Views About Their Professional Development
Conference Paper
- August 2021
- Conference: 5 th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021 Edition (03 – 05 August 2021)
- At: ITE Temenggong Ibrahim Campus, Ministry of Education
Conference Paper: Inclusive Education in Malaysia's Primary Schools: The Teachers View
September 26, 2021 Conference Paper
Conference paper Open Access
INCLUSIVE EDUCATION IN MALAYSIA'S PRIMARY SCHOOLS: THE TEACHERS VIEW
Rosmalily binti Salleh; John Woollard
Abstract:
Malaysia, like many countries in the world, is recognising inclusive education and has pledged a commitment in the 2013-2025 Malaysia Education Blueprint. However, the journey of providing a quality and inclusive education for all is complex, leading to inconsistency in practice. The Malaysia context with its diverse ethnicity, language, culture, religion besides the education and school systems have implications for the promotion and implementation of inclusive education. This study explores and highlights teachers’ relevant yet overlooked perspectives on inclusion and inclusive education in the period of educational system reformation. By focusing on teachers’ perspectives, the research aims to provide a better understanding of the promotion of inclusive education in Malaysia’s primary schools. This interpretative, exploratory, qualitative study employed multiple methods to obtain rich and in-depth data. Participants are purposely sampled from five national primary schools: three schools with the Special Education Integration Programme (SEIP) and two schools without SEIP. They were 76 participants; 25 teachers were interviewed individually and 51 participated in eight focus-group interviews. Ten classroom observations were conducted prior to the individual interviews. The data were analysed thematically by the inductive approach, using NVivo software. Theories of inclusive education were adopted to analyse teachers’ responses. The results show that teachers view inclusive education as a challenging concept to implement. Such views are influenced by multiple factors, such as miscommunication between departments, sociocultural attitudes to disability, educational systems, inefficient utilisation of resources, insufficient facilities, and teachers’ lack of knowledge and skills about special education and pupils with special educational needs (SEN). The findings will be of value to those responsible for planning and developing the policy and programmes regarding inclusive education, special education, and specifically educational systems in moving towards inclusive systems and schools.
26 September 2021Kertas persidangan
PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH MALAYSIA: PANDANGAN GURU
Rosmalily binti Salleh; John Woollard
Abstrak:
Malaysia, seperti kebanyakan negara di dunia, mengiktiraf pendidikan inklusif dan telah berikrar komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Walau bagaimanapun, perjalanan menyediakan pendidikan yang berkualiti dan inklusif untuk semua adalah kompleks, membawa kepada ketidakkonsistenan dalam amalan. Konteks Malaysia dengan kepelbagaian etnik, bahasa, budaya, agama selain sistem pendidikan dan persekolahan mempunyai implikasi terhadap promosi dan pelaksanaan pendidikan inklusif. Kajian ini meneroka dan menyerlahkan perspektif guru yang relevan namun diabaikan mengenai pendidikan inklusif dan inklusif dalam tempoh reformasi sistem pendidikan. Dengan memberi tumpuan kepada perspektif guru, penyelidikan bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik tentang promosi pendidikan inklusif di sekolah rendah Malaysia. Kajian interpretatif, penerokaan, kualitatif ini menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data yang kaya dan mendalam. Para peserta sengaja dijadikan sampel daripada lima sekolah rendah kebangsaan: tiga sekolah dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (SEIP) dan dua sekolah tanpa SEIP. Mereka adalah 76 peserta; 25 orang guru telah ditemu bual secara individu dan 51 orang telah mengambil bahagian dalam lapan temu bual kumpulan fokus. Sepuluh pemerhatian bilik darjah telah dijalankan sebelum temu bual individu. Data dianalisis secara tematik dengan pendekatan induktif, menggunakan perisian NVivo. Teori pendidikan inklusif telah diterima pakai untuk menganalisis tindak balas guru. Hasil kajian menunjukkan guru melihat pendidikan inklusif sebagai satu konsep yang mencabar untuk dilaksanakan. Pandangan sedemikian dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti miskomunikasi antara jabatan, sikap sosiobudaya terhadap ketidakupayaan, sistem pendidikan, penggunaan sumber yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi, dan kekurangan pengetahuan dan kemahiran guru tentang pendidikan khas dan murid berkeperluan pendidikan khas (SEN). . Penemuan ini akan memberi nilai kepada mereka yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan dasar dan program berkenaan pendidikan inklusif, pendidikan khas, dan khususnya sistem pendidikan dalam menuju ke arah sistem dan sekolah inklusif.
(Teks lengkap Kertas Persidangan ini boleh dilihat/dirujuk di halaman berikut:
Kertas Penyelidikan: Count Them In! The Politics of Inclusive Education According to Teachers
- Project:
- CPD AND INCLUSIVE EDUCATION
- Project:
- CPD AND INCLUSIVE EDUCATION
Abstrak
Mengubah sikap, membangunkan pemahaman orang ramai dan menyediakan infrastruktur yang dipertingkatkan untuk guru semuanya mencabar. Malaysia telah memulakan perjalanannya ke arah transformasi sistem pendidikan. Kerajaan meneruskan komitmennya untuk mencapai agenda dan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan Tindakan ini bergema dengan matlamat Pendidikan UNESCO 2030 yang memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta pembangunan profesional berterusan guru. Pelbagai konteks Malaysia, termasuk kepelbagaian etnik, bahasa, dan sistem sekolahnya, mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan dan promosi pendidikan inklusif. Kajian ini mendedahkan perspektif guru yang signifikan namun diabaikan mengenai promosi pendidikan inklusif pada persimpangan penting dalam fasa negara ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah deskriptif dan penerokaan. Peserta sengaja diambil sampel dari lima sekolah rendah kebangsaan. Mereka, 25 guru termasuk guru besar, ditemu bual secara individu dan 51 menyertai lapan temu bual kumpulan fokus. Pemerhatian bilik darjah dilaksanakan untuk memaklumkan beberapa soalan untuk temu bual individu. Dapatan diproses melalui pendekatan tematik, induktif menggunakan perisian analisis kualitatif. Kertas ini berhujah bahawa, walaupun terbuka kepada pendidikan inklusif, wacana guru adalah tindakan penentangan, terutamanya apabila mereka mencerminkan murid berkeperluan pendidikan khas. Walau bagaimanapun, dengan mendengar dan melibatkan guru dalam penyelidikan mereka membangunkan pemahaman yang lebih baik tentang pendidikan inklusif, menyedari faedahnya, dan menyedari kepentingan pembelajaran terarah kendiri dan amalan inklusif. Rasa tanggungjawab bersama menghubungkan inisiatif individu dengan kolegial supaya pembangunan profesional yang diperibadikan boleh direka bentuk untuk membina pengetahuan profesional dan kapasiti komuniti sekolah dan seterusnya menangani kepentingan sistem.
Abstract
Changing attitudes, developing people’s understanding and providing an enhanced infrastructure for teachers are all challenging. Malaysia has embarked on its journey towards the educational system transformation. The government continues its commitment to achieving the agendas and aspirations of the 2013-2025 Malaysia Education Blueprint. The Blueprint resonates with the aims of UNESCO Education 2030 that ensure inclusive and equitable quality education and teachers’ continuing professional development. Malaysia’s various contexts, including its diverse ethnicity, language, and school systems, have implications for the implementation and promotion of inclusive education. This study brings to light teachers’ significant yet overlooked perspectives on the promotion of inclusive education at this important juncture in the country’s phase. The study adopts a qualitative approach that employs descriptive and exploratory methods. Participants are purposely sampled from five national primary schools. They, 25 teachers including the headteachers, are interviewed individually and 51 participated in eight focus group interviews. Classroom observation is executed to inform some questions for the individual interviews. The findings are processed through a thematic, inductive approach using qualitative analysis software. This paper argues that, although open to inclusive education, teachers’ discourses are acts of resistance, especially when they reflect upon pupils with special educational needs. However, by listening and involving teachers in the research they develop a better understanding of inclusive education, realise its benefits, and recognise the importance of self-directed learning and inclusive practice. A shared sense of accountability links individual initiatives to the collegial so that personalised professional development can be designed to build the professional knowledge and capacity of the school communities and so address system interests.
Thursday, 24 June 2021
PENUNDAAN TARIKH PENYIARAN WEBINAR KEBOLEHPASARAN MBK ANJURAN SPKHAS, BPK
PENUNDAAN TARIKH PENYIARAN WEBINAR KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) ANJURAN SEKTOR PENDIDIKAN KHAS, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Merujuk kepada mesej hebahan awal dan poster di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa webinar ‘Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Khas’ anjuran Sektor Pendidikan Khas, Bahagian Pembangunan Kurikulum akan ditunda seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 16 Julai 2021 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
Semoga YBrs. Dr./tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menyertai sesi wacana ilmu ini.
Sekian, terima kasih.