Saturday 21 January 2023

TIP UNTUK MEREBUT PELUANG BELAJAR DI LUAR NEGARA (Bahagian 2)

(Sambungan dari Bahagian Pertama)

i. Penguasaan bahasa: Bergantung pada negara yg anda pilih dan bahasa penghantar yg bakal digunakan. Jika bahasa Arab misalnya, tentukan anda menguasai verbal dan penulisannya sebaik mungkin. Jika anda belum pernah belajar di barat, Australia, atau NZ, anda perlu menduduki IELTS (akademik) dan mencapai scoring atau "band" terbaik utk belajar di wilayah itu. Ini adalah keperluan asas yg perlu dilampirkan sewaktu memohon tajaan.

j. Dokumen yg kemaskini: Saya memperkatakan ttg "hardcopy" atau "hard evidence". (Kita tidak akan bincang softcopy, online atau digitised documents). Segala sijil, surat, ijazah atau apa sahaja dokumen yg berkaitan hendaklah dikompilasi dgn teratur dlm clear folder. Jika tidak cukup satu fail, sediakan dua atau tiga, bergantung pada jumlah dokumen yg anda miliki. Dokumen hendaklah "authentic". Dokumen disusun-atur mengikut prioriti, di bawah kategori-kategori yg tersendiri (secara profesional) utk memudahkan rujukan. Mengikut turutan tarikh dokumen diterbitkan/disahkan. Ini cukup penting. Pengurusan dokumen yg baik menggambarkan perwatakan anda. Sesetengah ahli panel cukup cerewet. Hanya dgn melihat berapa jumlah fail yg anda bawa dan kulit luarannya, mereka sudah tahu siapa anda! Dan, anda sudah tahu apa nasib yg akan menimpa anda...!

k. Bukti Keaktifan: Anda perlu membuktikan bahawa anda adalah "penyumbang" yg prolifik dan aktif dlm gelanggang akademik dan kemasyarakatan. Sama ada sebagai penyelaras, penceramah, pemimpin, penasihat, pengurus, penyelia, jurulatih, pelatih, fasilitator, peserta biasa, pembantu am, perserta kursus atau apa saja (terkecuali aflilsiasi-afilisiasi politik atau terkaitan...!). Dan, ia memerlukan "hardcopy" sebagai bukti keaktifan. Segala sijil patut dikompilasi dlm fail anda sebagai bukti. Keaktifan akademik dan sosial amat membantu...!

l. Topik penyelidikan: Jika anda bercadang membuat penyelidikan pada peringkat sarjana atau PhD, tentukan anda telah menyenaraipendekkan topik-topik bagi penyelidikan anda. Buat saringan yg terperinci. Pilihlah topik yg paling "sesuai": serius tetapi tidak terlalu berat (hingga sukar ditamatkan); bukan topik "pasar malam" yg murahan yg terlalu ringan (hingga jadi terlalu murahan, tidak bermakna, tidak bermanfaat..); menyumbang kpd "the body of knowledge"; sesuatu yg "novel" (baru); originaliti, bukan plagiat; menarik, bermunafaat dan punya impak positif kpd masyarakat; pragmatik. Ini bererti, anda perlu melakukan bacaan meluas, rujukan atau kajian-kajian awal, berbincang dgn rakan-rakan yg berpengetahuan, membuat perbandingan sebelum membina topik yg anda pilih..

m. Memajukan permohonan: Perlu lengkap. Dokumen yg kemaskini. Teratur. On time. Bidang yg tepat. Institusi yg tepat. Wilayah yg tepat. Segalanya kena tepat. Apa saja kesilapan yg terjadi akan menjadi alasan utk permohonan anda tertolak. Lantaran ia menggambarkan sikap anda yg sambil-lewa. Walhal nanti anda akan "diamanahkan" dgn dana awam (duit rakyat!) yg berjumlah beratusan ribu ringgit dlm memenuhi "mimpi" anda..!.

n. Persediaan temu duga: Bual cara? Boleh saja. Tetapi, "mangsanya" ialah anda. Itu kalau anda langsung enggan bersedia. Bersiap-sedialah: mental, fizikal, spiritual, lojistikal... Hari temu duga adalah "hari raya" utk anda. Atau, hari utk "jatuh hukuman" oleh mahkamah tinggi..? Jika anda adalah "on the right path" dan telah membuat segala persediaan secara terperinci sebelum pergi bertempur, insyaAllah, anda akan berjaya dalam mana-mana medan peperangan...! 

***Moga perkongsian ringkas dan santai ini akan memberi manfaat kpd semua, InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment