Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua
ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.
A.
CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap
hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk
membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan
untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari
dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan
kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi
putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan
bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan
makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON
atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap
hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain,
lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah
masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan
masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan
menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
B. CARA
KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis
dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi
sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh
sebulan.
Mari kita sama-sama cuba dan
bandingkan hasilnya nanti.
Kredit kepada En Muhammad Abdul Wahab. Terima
Kasih.
No comments:
Post a Comment