BERHATI-HATI DI USIA 40TAHUN
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini.
Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan
perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh
tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat
Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku
dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada
Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia
inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal,
intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia
mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca
oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung
penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna,
kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang
harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup
untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang
kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin
Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang
cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40
tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia
apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali
kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan
janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh
dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan,
membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan
hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul
secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn
‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat
al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun.
Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti
ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat
sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40
tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden
pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating
47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting?
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan
menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar
meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang
paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang
terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah
macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati
kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda
Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah
akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60
tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat)
kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan
mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal
kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh
tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang
dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya,
serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen
terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka
Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun
mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun
merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun
mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata,
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan
tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke
neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan
sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku
adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor
burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali
telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang
seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di
dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari
dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk
pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan
dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya
cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada
mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu
perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila
masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan
harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di
atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah
orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang
bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali
kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak.
Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan
mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian,
kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
JOM PAKAT2 Share✔
Dipetik dari Klip Soal
Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube
No comments:
Post a Comment