وَبَرَكَاتُهُ
اللهِ وَرَحْمَةُ عَلَيْكُمْ السَّلاَمُ
10 Rabiul Awal 1436H,
31 Disember
2014.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, di hari permulaan tahun 2015
ini, kami memohon keampunan Mu dari segala keterlanjuran kami, segala kesilapan
yang telah kami lakukan sepanjang tahun lepas.
Ya Allah sayangilah kami dan tutupilah
segala aib kami.
Ya Allah tambahkanlah rezeki kami dan
cukupkanlah rezeki kami.
Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang
lurus yang Engkau redhai.
Ya Allah sihatkanlah kami agar kami
selesa dalam menjalankan ibadah kami.
Ya Allah, ingatkanlah kami bahawa dalam
kehidupan ini kami pasti diuji.
Ya Allah, ingatkanlah kami
☆Bila
kami melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia
sedang diuji.
☆Bila
melihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang
diuji.
☆Bila
kami melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia
sebenarnya sedang diuji.
☆Bila
melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya
sedang diuji.
☆Bila
melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia
sebenarnya sedang diuji.
☆Bila
melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
☆Bila
melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang
diuji.
☆Bila
melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam
kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Ya Allah berkatilah diri kami dan
ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar
kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan
lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmuMu Ya
Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami
jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau kurniakan kepada kami
supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat
kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah.
Ya Allah hanya kepada Engkau kami
memohon dan meminta petolongan Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan
urusan kami Ya Allah.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan
perlindungi kami dari ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada
sifat yang keji dan mungkar Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah diri ini untuk
memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah
kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman
bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan
hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia
dan akhirat Ya Allah.َ
Ya Allah janganlah kami menghitung apa
yang hilang, tetapi biarlah kami melihat apa yang kami miliki sekarang
dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah kami terima sepanjang hidup kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah,
kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya
Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah
dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak, suami/ isteri kami, kaum
keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin
muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya
Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ
No comments:
Post a Comment