15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak
adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t.
kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai
anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah
SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang
mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang
tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang
mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak
memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud
Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang
berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah
Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3
: 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang
berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak
membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah
Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah
Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan)
daripada
Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah,
menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau,
menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3.
Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan
kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu
aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5.
Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani
(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih
mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua
anak-anak
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium
Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy
sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai
sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari
mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa
yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan
kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang
menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan
anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan
selekeh.
9.
Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi
salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab
salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang
diberi.
10.
Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat
oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu
sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan
model yang
cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini
akan
menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok
sahsiyahnya
masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat
anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak
yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan
yang
ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah
penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang
kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak
menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu
rumah untuk
mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak
akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk
berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber
: Darulharis
Sharing
is Caring
Shared from Rahsia Hawa
No comments:
Post a Comment