LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA
AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu
lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an.
Duduk rumah dekat masjid. Rumah
agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar.
Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k
sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian
meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia
menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15.
Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu
bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan
ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan
berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada
setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk
waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah
pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena usaha. Usaha
pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang
niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula.
Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah
Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca
sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat
ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga
minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a
telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca
30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti
pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu erkata, mulut dia
tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan
tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga
kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau
air mineral. Jaga makanan.
6. Hidup kena buat target. Ada
wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman
mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan.
Sentiasa belanja orang. Mkan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai.
Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.
7. Waktu maghrib usah ada atas
jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup
pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan
semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk
tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas
Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.
8. Usah takut jumpa orang.
Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani
soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa
berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung
mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.
9. Balik malam, usah cakap penat.
Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan
dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah
rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar
kiat maafkan semua orang.
10. Niat mahu kaya. Niat mahu
bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat.
Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah
tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita
dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
Muhasabah diri sendiri serta
untuk renungan.....
No comments:
Post a Comment