Assalamualaikum dan selamat
sejahtera,
Having completed my record book,
(have to sent by this Friday), I browse through the web. I have to prepare the
cover for individual file on PBPPP… Browsing the web as I am not sure what is
PBPPP.
Erggh …teruk betul..bila
tengok web..rupanya praperlaksanaan telah berlangsung untuk seketika..dari
tahun 2013. Saya hanya mendengar ..secara ringkas mengenai PBPPP dalam
mesyuarat guru pada 29 Disember 2014.
Ketinggalan!
Apakah PBPPP?
PBPPP atau nama penuhnya
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. PBPPP adalah satu kaedah
penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) [adakah istilah ini hanya dikenali dalam kalangan warga pendidikan? PPP
tidak dikenali oleh orang awam, awam umumnya hanya tahu guru!] berdasarkan
konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard
prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0-
Government Transformation Plan) dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Penilaian Tahap
Kompetensi (PTK) [dulu pernah pegang SU PTK] digantikan dengan penilaian baru
yang lebih menfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan
jawatan serta mengambilkira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Bagi
memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi
fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing
berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam.
(Jadi tidak ada lagi
isu, mereka yang tidak cemerlang menikmati kenaikan gred atau gaji kerana lulus
cemerlang PTK yang disebut ramai sebagai teori semata-mata! Sebenarnya guru –baru
baru tidak merasa penangan PTK, malah mungkin ada yang tidak mengetahui apa itu
PTK! Kalau tak salah, PTK terakhir tahun 2008. Kena semak fail pula..tak pasti..sempat
la dapat tangga P2 - Alhamdulillah)
PBPPP merupakan
penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih menfokus kepada elemen
pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira
keunikan pelbagai skim perkhidmatan yang tertakluk kepada garis panduan JPA.
Penilaian ini juga
mengambilkira penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Penilaian
kompetensi adalah seperti nilai professional, pengurusan aktiviti, sumbangan
dan juga kemahiran professional PDP-pegawai yang dinilai. Manakala penilaian
keberhasilan adalah seperti keberhasilan PDP, keberhasilan kaunseling dan
keberhasilan kejurulatihan. Walaupun begitu, ianya berbeza dan bergantung
kepada bidang tugas masing-masing.
Berikutan mesyuarat
tempoh hari, guru-guru diminta untuk menyediakan fail Profil PBPP individu.
Fail dan isi yang cantik?
mmmmmm.
Semoga segalanya
dipermudahkan untuk semua. Pada peringkat awal, sememangnya kedengaran seperti
satu bebanan – tambahan tugas tetapi hikmahnya ia membantu kita untuk lebih
berdisiplin dan lebih teratur dalam melaksanakan tugas kan.
Selamat berjaya untuk
semua!
No comments:
Post a Comment