Dikongsikan pautan kepada video di saluran YouTube TeacherLily:
Memerihalkan tentang perkembangan dan isu dalam konteks pendidikan inklusif, pendidikan khas, Professional Learning Community (PLC), pembangunan kurikulum dan polisi pendidikan umumnya. Juga cuba memberi fokus istimewa kepada pendidikan khas masalah pembelajaran. Memperkembang, memperluas maklumat serta keilmuan dalam bidang-bidang ini melalui penyelidikan, perundingan, perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta sumbangan-sumbangan idea. Itu adalah asas penting bagi blog ini.
Wednesday, 17 June 2020
Sunday, 14 June 2020
Ebook- MODUL 1 Haiwan
Salam,
Ini adalah modul 1: Haiwan KSSRPK pembelajaran.
Sila imbas kod QR atau klik pautan:
Ebook Kenali Haiwan- Bahasa Melayu
Salam.
Kad imbas mengenai haiwan dalam Bahasa Melayu. Kenali haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan haiwan liar. Nama haiwan diwarnakan mengikut suku kata untuk membantu anak-anak membatang abjad dan membaca perkataan.
ebook Kenali Haiwan
Salam,
Ini adalah ebook Kenali Haiwan versi dwibahasa. Bahan ini boleh digunakan dalam PdPc pelbagai subjek bukan hanya Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Anak-anak juga boleh membaca buku dan melihat gambar buku secara bersendirian. Sila imbas QR code atau klik di pautan:
Thursday, 11 June 2020
MENDEKATI MBK SEPANJANG PKP
Salam.
Saya ingin berkongsi strategi yang saya gunakan dalam memastikan anak-anak MBK tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Tugasan diberi dengan mengambil kira keupayaan anak-anak serta pemilikan kepada peranti atau capaian internet.
Tugasan diberi selepas bahan pembelajaran seperti video dan panduan kepada ibu bapa disertakan dalam membimbing anak-anak MBK.
Bahan pembelajaran meliputi:
1. Video pembelajaran
2. Kuiz atas talian- Google Classroom
3. Kuiz permainan seperti Wordwallnett atau Quizizz
4. Tugasan bertulis-lembaran kerja
5. Projek
(untuk projek saya fikirkan aktiviti yang tidak memerlukan peranti atau capaian internet)
Contoh Projek bagi tajuk Haiwan Peliharaan:
Ibu bapa boleh merakan video anak-anak bersama haiwan peliharaan dan melihat interaksi mereka bersama haiwan peliharaan. Penjagaan haiwan peliharaan serta penerapan nilai berlaku semasa proses bimbingan ini.
Bagi video kali ini, saya cuba menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya although I tend to mix the languages when teaching. (Guru-guru boleh menghasilkan video dan memuatnaik video yang menarik dan sesuai mengikut tahap murid). Saya juga kongsikan video dalam Bahasa Inggeris kepada ibu bapa/penjaga. Oleh kerana untuk subjek SAS ini, saya membimbing murid-murid Tahun 5, sukatan Tahun 5 menjadi panduan. (Saya hanya mengajar satu kelas SAS sebenarnya). Namun setiap bahan dan tugasan yang dihasilkan mengambil kira semua tahap murid.
Semoga bermanfaat.
Note: These are parts of the materials that I have created and produced for Modul 1: Haiwan subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar KSSR PK (Pembelajaran).
++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
11 Jun 2020
Tugasan bagi subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar pada minggu ini:
1. Tonton video yang boleh dicapai melalui saluran YouTube Teacher Lily
Video juga boleh ditonton di blog specialedurokam:
2. Cuba jawab kuiz di Google Classroom. Kuiz boleh dicapai melalui:
atau melalui
Kod Kelas Google Clasroom: u4nd45x
Sijil boleh dijana selepas anak-anak menjawab kuiz dengan markah sekurang-kurangnya 70%. Kehadiran/penglibatan anak-anak boleh dilihat apabila mereka cuba menjawab soalan kuiz. Saya harap semua murid tahap 2 dapat dibantu oleh ibu bapa untuk cuba menjawab soalan kuiz tersebut.
Kuiz telah direka dengan peningkatan tahap kesukaran soalan.
Anak-anak tahap 1 boleh dibimbing semasa menonton video serta membuat aktviti lain tanpa perlu menjawab kuiz di Google Classroom.
Anak-anak juga boleh terus menyambung tugasan bertulis.
Atau
Kesulitan tentang peranti dan capaian internet?
Projek Topeng Haiwan Liar/Origami Muka Haiwan Liar
Anak-anak juga boleh dibimbing untuk membuat origami muka haiwan liar atau topeng haiwan liar dari lukisan.
Selamat mencuba. Jom share hasil tugasan atau video/gambarfoto anak-anak membuat aktiviti.
Take care and stay safe.
Terima kasih.
Teacher Lily
Mejar Dr Rosmalily binti Salleh
Guru Cemerlang
CONTOH ORIGAMI:
Kenali Haiwan Liar-Video
Salam.
Ini adalah video kedua yang dimuatnaik di saluran YouTube Teacher Lily.
Ini adalah video kedua yang dimuatnaik di saluran YouTube Teacher Lily.
Friday, 5 June 2020
Kuiz Kenali Haiwan (Google Forms)
Salam.
Semoga semuanya sihat walafiat.
Saya kongsikan pautan kepada Kuiz Kenali Haiwan Google Forms. Kuiz ini direka untuk MBK bermula dari tahun satu. Walaupun subjek SAS tidak diajar kepada MBK pada tahap satu, pembinaan soalan yang menggabungkan kemahiran-kemahiran yang digariskan dalam subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik telah diterapkan. Penggunaan gambar sebenar dan kartun juga dapat membantu MBK. Bantuan dan bimbingan ibu bapa/ penjaga diperlukan mungkin bukan hanya untuk membaca soalan tetapi juga dalam memilih (menekan klik) pada jawapan. Indeed, parents support is needed by teachers to execute any teaching and learning activities planned for pupils with SEN.
Kuiz Kenali Haiwan
Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan yang dikongsikan adalah sebahagian daripada bahan yag saya bina bagi Modul 1 subjek SAS. Semoga saya dapat teruskan dengan menghasilkan bahan-bahan lain seperti video untuk dimuat naik ke saluran YouTube TeacherLily
InsyaAllah. Semoga kita semua terus bermotivasi untuk terus cakna tentang pembelajaran anak-anak kita.

Wordwallnet- Kenali Haiwan
Salam.
I love this app. But it is with limitation- up to only 5 free games. Perhaps teachers need to consider upgrading the account to customise games and create more fun teaching and learning activities.
Another game created during this MCO.
Thursday, 4 June 2020
Kuiz Kenali Haiwan di Google Classroom
Salam.
Saya kongsikan kuiz yang menjadi sebahagian daripada bahan yang sedang dibina untuk Modul 1.
Sila klik pautan:
Kuiz Kenali Haiwan
Saya kongsikan kuiz yang menjadi sebahagian daripada bahan yang sedang dibina untuk Modul 1.
Sila klik pautan:
Kuiz Kenali Haiwan
Tuesday, 2 June 2020
Wordwallnet: True or False Game on Basic Needs of Animals
Salam.
Ini adalah aktiviti Betul atau Salah tentang Keperluan Asas Haiwan yang mudah untuk Murid Bekeperluan Khas.
Ini adalah aktiviti Betul atau Salah tentang Keperluan Asas Haiwan yang mudah untuk Murid Bekeperluan Khas.
Quizziz Kenali Bunyi Haiwan
Salam.
Quizziz is a good platform to create quiz questions when we need to insert the audio file. Have a look!
QuizizzBunyiHaiwan-Lily
Quizziz is a good platform to create quiz questions when we need to insert the audio file. Have a look!
QuizizzBunyiHaiwan-Lily
Quizziz Keperluan Asas Haiwan
Salam.
It's good to know, try and create teaching and learning the activities using the free app.
Give it a try!
Quizziz Keperluan Asas Haiwan
Give it a try!
Quizziz Keperluan Asas Haiwan
Monday, 1 June 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)