Thursday, 8 January 2015

GARIS PANDUAN KEBERHASILAN PBPPP

Rakan-rakan boleh juga klik garis panduan keberhasilan PBPPP untuk maklumat lanjut.

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Having completed my record book, (have to sent by this Friday), I browse through the web. I have to prepare the cover for individual file on PBPPP… Browsing the web as I am not sure what is PBPPP. 

Erggh …teruk betul..bila tengok web..rupanya praperlaksanaan telah berlangsung untuk seketika..dari tahun 2013. Saya hanya mendengar ..secara ringkas mengenai PBPPP dalam mesyuarat guru pada 29 Disember 2014.   Ketinggalan!

Apakah PBPPP?

PBPPP atau nama penuhnya Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) [adakah istilah ini hanya dikenali dalam kalangan warga pendidikan? PPP tidak dikenali oleh orang awam, awam umumnya hanya tahu guru!] berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0- Government Transformation Plan) dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) [dulu pernah pegang SU PTK] digantikan dengan penilaian baru yang lebih menfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambilkira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Bagi memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

(Jadi tidak ada lagi isu, mereka yang tidak cemerlang menikmati kenaikan gred atau gaji kerana lulus cemerlang PTK yang disebut ramai sebagai teori semata-mata! Sebenarnya guru –baru baru tidak merasa penangan PTK, malah mungkin ada yang tidak mengetahui apa itu PTK! Kalau tak salah, PTK terakhir tahun 2008. Kena semak fail pula..tak pasti..sempat la dapat tangga P2 - Alhamdulillah)




PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih menfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan yang tertakluk kepada garis panduan JPA.

Penilaian ini juga mengambilkira penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Penilaian kompetensi adalah seperti nilai professional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran professional PDP-pegawai yang dinilai. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan PDP, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Walaupun begitu, ianya berbeza dan bergantung kepada bidang tugas  masing-masing.

Berikutan mesyuarat tempoh hari, guru-guru diminta untuk menyediakan fail Profil PBPP individu. Fail dan isi yang cantik?

mmmmmm.

Semoga segalanya dipermudahkan untuk semua. Pada peringkat awal, sememangnya kedengaran seperti satu bebanan – tambahan tugas tetapi hikmahnya ia membantu kita untuk lebih berdisiplin dan lebih teratur dalam melaksanakan tugas kan.

Selamat berjaya untuk semua!


Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU


وَبَرَكَاتُهُ اللهِ وَرَحْمَةُ عَلَيْكُمْ السَّلاَمُ

10  Rabiul Awal 1436H,
31 Disember 2014.         

                           
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, di hari permulaan tahun 2015 ini, kami memohon keampunan Mu dari segala keterlanjuran kami, segala kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang tahun lepas.
Ya Allah sayangilah kami dan tutupilah segala aib kami.
Ya Allah tambahkanlah rezeki kami dan cukupkanlah rezeki kami.
Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang Engkau redhai.
Ya Allah sihatkanlah kami agar kami selesa dalam menjalankan ibadah kami.
Ya Allah, ingatkanlah kami bahawa dalam kehidupan ini kami pasti diuji.
Ya Allah, ingatkanlah kami
Bila kami melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila kami melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Bila melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang  menerima teguran dan ilmuMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau kurniakan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah.
Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta petolongan Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan  urusan kami Ya Allah.
Ya Allah sucikan jiwa kami  dan perlindungi kami dari ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan  ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia  dan akhirat Ya Allah.َ
Ya Allah janganlah kami menghitung apa yang  hilang, tetapi biarlah kami melihat apa yang kami miliki sekarang dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah kami terima sepanjang hidup kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak, suami/ isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ