Assalamualaikum..
Rasanya sangat lama meninggalkan blog ini..sibuk? Mengalahkan PM kata 'my mom'. Hal ehwal peribadi atau kerja..Sebenarnya banyak perkara berkaitan kerja menjadi perkara peribadi. I would like to settle all those works, tasks first before submitting myself to my needs. Unless if it something urgent or emergency.
Ada 'pro and cons' sebenarnya. 'Anyway I like to apologize to all (and me) for not being able to share anything these few past months'. Bulan cuti yang tak seberapa ni pun..sempat la juga memulakan blog PIBG lak..as SU PIBG..dah lama nak tubuhkan..tapi selalunya kekangan waktu..dan juga kapasiti wifi..
Pack YES donggle ..asyik kena 'top up' ..beli super booster..Bil dah mencecah RM200+ sudah 4 bulan.
Baru je ambil Streamyx untuk rumah..RM140 nye pakej..Katanya 'unlimited data' untuk 4Mbps.
Hopefully, it's ok..cukup untuk menampung tugasan. YES lak terpaksa mantain..untuk mobile internet..Dah bil untuk internet je RM140+RM98..
Wow..kata seseorang..kaya awak..
Aaamiin.. Alhamdulillah..
In syaa Allah itu je yang mampu dijawab..dengan harapan tak perlu pening dengan limited data dan kelembapan 'line'.
Sebenarnya, menceburi bidang blogging juga bukan untuk kegilaan glamer atau seumpamanya..niat hanya untuk berkongsi..yang mana bermanfaat untuk semua..
In syaa Allah. I'll try my best.
Thank you to all... Thank you to my dearie who has been supporting me..Thank you to my friends and families...Please pray for my success too.
Memerihalkan tentang perkembangan dan isu dalam konteks pendidikan inklusif, pendidikan khas, Professional Learning Community (PLC), pembangunan kurikulum dan polisi pendidikan umumnya. Juga cuba memberi fokus istimewa kepada pendidikan khas masalah pembelajaran. Memperkembang, memperluas maklumat serta keilmuan dalam bidang-bidang ini melalui penyelidikan, perundingan, perkongsian pintar, hujahan-hujahan positif serta sumbangan-sumbangan idea. Itu adalah asas penting bagi blog ini.
Sunday, 21 December 2014
Sunday, 13 July 2014
SALAM NUZUL AL-QURAN
NUZUL AL-QURAN
Peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad saw hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Sunday, 22 June 2014
TIP KEBAHAGIAN ANAK
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan
Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang
boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah.
Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya
"Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..",
mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita
ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi
kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat
Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak
(nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya
Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita
juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan
kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak
soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang
menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak
sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana
Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan
padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat
melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu
adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali
ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana
kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf
padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan
zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar
tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang
mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah
tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati
anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak
dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras
lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa
buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Shared from Rahsia Hawa
FORMULA KAYA
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA
AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu
lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an.
Duduk rumah dekat masjid. Rumah
agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar.
Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k
sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian
meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia
menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15.
Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu
bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan
ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan
berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada
setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk
waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah
pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena usaha. Usaha
pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang
niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula.
Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah
Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca
sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat
ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga
minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a
telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca
30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti
pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu erkata, mulut dia
tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan
tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga
kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau
air mineral. Jaga makanan.
6. Hidup kena buat target. Ada
wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman
mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan.
Sentiasa belanja orang. Mkan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai.
Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.
7. Waktu maghrib usah ada atas
jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup
pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan
semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk
tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas
Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.
8. Usah takut jumpa orang.
Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani
soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa
berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung
mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.
9. Balik malam, usah cakap penat.
Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan
dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah
rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar
kiat maafkan semua orang.
10. Niat mahu kaya. Niat mahu
bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat.
Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah
tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita
dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
Muhasabah diri sendiri serta
untuk renungan.....
Friday, 20 June 2014
PEMBETULAN/CORRECTION
Salam.
Dimaklumkan terdapat kesalahan pada muka surat 8 dan 11 pada Buletin Jilid 1 :: Bil 2/2014.
Kesilapan tertera pada nama Guru Besar iaitu En Mohamad Rosli b Abdullah. Nama yang betul ialah En Mohamad Rosli b Jaafar.
Saya memohon maaf di atas kesulitan yang mungkin timbul di atas kesilapan tersebut. Maaf dipohon daripada En Rosli. Maaf ya! Yang pasti pada lain dokumen, nama yang betul digunakan.
********************************************************************************
Greeting.
Please be informed that there is an error in the Bulletin Jilid 1 :: Bil 2/2014.
The error appears in the name of the headmaster, En. Mohamad Rosli Abdullah. The correct name is En. Mohamad Rosli Jaafar.
I sincerely apologize for the inconveniences that may arise. Sorry requested from En Rosli. I'm sorry about that! Certainly in other documents, the correct name is used.
Thank you.
Tuesday, 17 June 2014
Monday, 16 June 2014
PICITAN PADA TANGAN
Rujuk grafik.
Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...
Shared from Rahsia Hawa
Subscribe to:
Posts (Atom)