Thursday 8 January 2015

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Having completed my record book, (have to sent by this Friday), I browse through the web. I have to prepare the cover for individual file on PBPPP… Browsing the web as I am not sure what is PBPPP. 

Erggh …teruk betul..bila tengok web..rupanya praperlaksanaan telah berlangsung untuk seketika..dari tahun 2013. Saya hanya mendengar ..secara ringkas mengenai PBPPP dalam mesyuarat guru pada 29 Disember 2014.   Ketinggalan!

Apakah PBPPP?

PBPPP atau nama penuhnya Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) [adakah istilah ini hanya dikenali dalam kalangan warga pendidikan? PPP tidak dikenali oleh orang awam, awam umumnya hanya tahu guru!] berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0- Government Transformation Plan) dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) [dulu pernah pegang SU PTK] digantikan dengan penilaian baru yang lebih menfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambilkira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Bagi memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

(Jadi tidak ada lagi isu, mereka yang tidak cemerlang menikmati kenaikan gred atau gaji kerana lulus cemerlang PTK yang disebut ramai sebagai teori semata-mata! Sebenarnya guru –baru baru tidak merasa penangan PTK, malah mungkin ada yang tidak mengetahui apa itu PTK! Kalau tak salah, PTK terakhir tahun 2008. Kena semak fail pula..tak pasti..sempat la dapat tangga P2 - Alhamdulillah)




PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih menfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan yang tertakluk kepada garis panduan JPA.

Penilaian ini juga mengambilkira penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Penilaian kompetensi adalah seperti nilai professional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran professional PDP-pegawai yang dinilai. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan PDP, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Walaupun begitu, ianya berbeza dan bergantung kepada bidang tugas  masing-masing.

Berikutan mesyuarat tempoh hari, guru-guru diminta untuk menyediakan fail Profil PBPP individu. Fail dan isi yang cantik?

mmmmmm.

Semoga segalanya dipermudahkan untuk semua. Pada peringkat awal, sememangnya kedengaran seperti satu bebanan – tambahan tugas tetapi hikmahnya ia membantu kita untuk lebih berdisiplin dan lebih teratur dalam melaksanakan tugas kan.

Selamat berjaya untuk semua!


No comments:

Post a Comment